Label 10

Home » , » Penipuan Pemilihan : Dap Bakal Saman Utusan Malaysia & NST

Penipuan Pemilihan : Dap Bakal Saman Utusan Malaysia & NST

Written By AAKJ on Wednesday, August 7, 2013 | 8:30 PM


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengugut mahu menyaman akhbar Utusan Malaysia dan  New Straits Times (NST) kerana didakwa membuat fitnah berhubung pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu pada tahun lalu.
Beliau mendakwa, penipuan yang kononnya yang dibuat oleh dua akhbar arus perdana tersebut menyebabkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan DAP supaya mengadakan semula pemilihan berkenaan.
“ROS nampaknya percaya pembohongan ini dan DAP tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menyaman media ini kerana memfitnah.
“DAP bersedia mengadakan semula pemilihan CEC tanpa ragu-ragu sekiranya ROS memberi alasan yang munasabah berdasarkan peruntukan undang-undang yang sah,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Media pada 31 Julai lalu melaporkan ROS mengarahkan  DAP mengadakan  pemilihan  semula CEC  melalui sepucuk surat rasmi yang dihantar kepada parti itu.
Perkara itu didedahkan Guan Eng apabila beliau mendakwa ROS dalam surat berkenaan menyatakan pihaknya tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP berhubung isu penyelewengan undi CEC .
Bagaimanapun Guan Eng dalam reaksi segera terhadap arahan itu menyifatkan tindakan  ROS  sebagai tidak adil kerana dakwanya, badan tersebut tidak menyatakan dengan jelas mengapa  pemilihan semula CEC perlu dilakukan.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger