Label 10

Home » » Filem The New Village Tidak Akan Di Tayang Langsung

Filem The New Village Tidak Akan Di Tayang Langsung

Written By AAKJ on Sunday, August 4, 2013 | 2:00 PM







Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin filem The New Village yang dikatakan mengagung-agungkan perjuangan komunis tidak akan ditayangkan langsung.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, larangan tayangan itu bukan setakat di panggung wayang malah meliputi semua bentuk media termasuk laman blog dan YouTube.

Katanya, kerajaan tidak mahu memberikan isyarat yang salah kepada generasi baru negara seolah-olah perjuangan komunis diberikan penghargaan di Malaysia.

"Saya dan rakan-rakan dalam UMNO, kita akan berterus-terusan dan berhabis-habisan memastikan apa jua bentuk pendewaan terhadap komunisme tidak akan dilaksanakan.

"Jika didapati betul filem ini mendewa-dewakan komunisme, kita mahu filem itu tidak dipertontonkan langsung. Sekalipun keluar dalam blog dan YouTube, kita akan cari mereka sampai dapat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri Peringkat Parlimen Padang Rengas di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai desakan banyak pihak supaya filem The New Village tidak ditayangkan kerana mengagung-agungkan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, filem atau apa jua bentuk penghargaan terhadap pengganas komunis tidak boleh diberikan tempat di negara ini kerana kumpulan itu telah mengisytiharkan perang terhadap negara sehingga menyebabkan darurat dari 1948 hingga 1960.

Katanya, dalam pertempuran sepanjang tempoh darurat dan selepas itu, ramai anggota pasukan keselamatan negara terkorban dan mengalami kecacatan kekal sehingga hari ini.

"Ada antara mereka kehilangan kaki, tangan dan buta kerana jerangkap samar dan banyak keluarga kehilangan bapa, abang dan adik mereka hasil daripada pengisytiharan perang yang dilakukan oleh komunis terhadap kita. Kehilangan dan kecacatan ini tidak boleh dikembalikan," katanya.

Selain itu, kata Mohamed Nazri, fahaman komunis yang tidak bertuhan tidak konsisten dengan prinsip pertama Rukun Negara iaitu kepercayaan kepada tuhan.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger