Label 10

Home » » Sidang Dun Selangor : Mangsa Tindasan Projek Datum Jelatek Datang Bantah !!

Sidang Dun Selangor : Mangsa Tindasan Projek Datum Jelatek Datang Bantah !!

Written By AAKJ on Tuesday, July 2, 2013 | 1:30 PM


Projek Mewah dan berprestij yang d lihat menzalimi penduduk asal yang majoritinya warga yang kurang berkemampuan dan berbangsa Melayu kembali gegarkan pentadbiran Kalid Gagap. Banyak usaha d lakukan oleh UMNO BN d penggal yang lepas dan yang amat mengecewakan adalah Kerajaan Selangor d bawah rejim Kalid Gagap bersikap tidak mempedulikan itu semua..

Semalam, wakil-wakil dari penduduk yang terlibat dalam Projek Datum Jelatek hadir ke Sidang Dun Selangor untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya dan wakil tersebut datang kepada YB-YB UMNO BN supaya membela nasib mereka.

pergHHH ada benda baru yang bakal kita bongkar tentang kerakusan puok kera ni dalam usaha mengaut apa saja yang ada d bumi Selangor tanpa sedikitpun ada rasa kesian pada mangsa yang terlibat..

Aakj letak kembali sedikit perihal kezaliman Kerajaan Kalid Gagap mengenai Projek zalim ini dari ucapan :

YB. DATO’ HAJI SHAMSUDIN LIAS

ADUN SG. BURONG MERANGKAP KETUA PEMBANGKANG(BN)


PKNS – PROJEK DATUM JELATEK

Saya juga ingin menyentuh peranan PKNS sebagai agensi utama pembangunan negeri Selangor yang telah terpesong daripada matlamat penubuhannya sebagai pelopor projek-projek sosio-ekonomi negeri. Salah satu projek yang masih menjadi kontroversi rakyat ialah PROJEK DATUM JELATEK di Jalan Jelatek, Taman Keramat.

· Ini merupakan projek pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah kepada pembangunan bercampur Projek Mega bernilai RM 1 Bilion yang mengandungi 4 blok 674 unit kondominium mewah.

· PKNS telah merobohkan 4 blok rumah pangsa kos rendah didiami 100% Melayu pada 26 Oktober 2011 yang telah dibina pada tahun 70 an untuk memberi laluan kepada projek Datum Jelatek.

· Pampasan ambil balik tanah sebanyak RM 130,000.00 untuk rumah pangsa (2 bilik), RM 166,000.00 (3 bilik) dan RM 155,000.00 untuk rumah kedai (1 bilik) dan RM 197,000.00 ( 2 bilik )
Harga yang paling murah RM 700,000.00 seunit untuk unit studio berukuran 538 kp dengan diskaun 7% kepada bumiputra.

· Harga termahal RM 11.6 juta 4 bilik Penthouse kondominium dengan keluasan 7,222 kaki persegi.

· Untuk membeli unit termurah RM 700,000.00 seunit, bayaran pendahuluan RM 100 ribu, ansuran bulanan bank RM 4 ribu – RM 5 ribu sebulan (tempoh 20 tahun) dan memerlukan gaji RM 20,000.00 sebulan.

· Pemaju utama anak syarikat PKNS – DATUK CORPORATION INTERNATIONAL.

· Pemaju untuk blok A dan C WIRAEMAS (M) Sdn Bhd. Sebuah syarikat dengan modal dibenarkan sebanyak RM 100,000.00 dan modal dibayar RM2.

· Kuota 70% Melayu di kawasan tersebut dibatalkan dan digantikan dengan 50% Melayu dan 50% bukan Melayu.
Ejen pemasaran – syarikat Singapura ERA Realty Network Pte. Ltd. Dipasarkan di Singapura pada 2 hingga 4 November 2012 di International Property Expo 2012, MARINA BAY SANDS CONVENTION CENTRE.

· 
Dipromosikan sebagai CHINESE MAINSTREAM DISTRICT. Dalam prospektus pasaran ada disebut seperti berikut :-

“Datum Jelatek is developed by WIRAMAS HARTANAH (M) Sdn Bhd. This project is the largest we have in Malaysia so far, we are aiming for those Chinese who is willing to invest properties in Malaysia or those who meet certain criteria” Malaysia My Second Home Programme to live in Malaysia, that is why we define it as CHINESE MAINSTREAM DISTRICT in the City Centre”, dengan izin.

· PENGURUS BESAR PKNS dengan bangga mengumumkan bahawa 2 blok A dan C telah dijual kepada pelabur dari negara CHINA, sementara dua blok lagi B dan C ditawarkan kepada pelabur-pelabur dari Singapura dan Indonesia.
20. BARISAN BERTINDAK DATUM JELATEK yang mewakili peduduk-penduduk rumah pangsa Jalan Jelatek bersama 81 Badan NGO telah menghantar memorandum kepada YAB Menteri Besar Selangor dan merayu kepada Kerajaan negeri membatalkan projek DATUK JELATEK dan digantikan dengan Pembangunan Mampu Milik serta Mengekalkan Taman Keramat kawasan Melayu 100%.

· Sampai sekarang, tidak ada jawapan yang memuaskan walaupun sudah banyak majlis dialog diusahakan.


..bersambung..
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
July 2, 2013 at 3:27 PM

apa yg berlaku di penang menjalar ke selangor. Ini lah kebodohan yg dibuat penyokong melayu pas pkr... sekarang giiran tempat ini.. tak mustahail berlaku kat tempat anda...

persoalan saya...mengapa pemuda Umno tdk menjerit melalak seperti mana mereka lakukan ke Datok Khir dll... geraklah pemuda.. buat sebaran di semua wilayah selangor...

Dah speaker cina..hahaha.. co MEGA cina.. yg beli cina.. hahaha... ambil tanah melayu bayar murah.. bagi kat cina jual mahal... hahaha.. samakan taktik di penang.. alasan?????!? hahaha memacu ekonomi... ekonomi sape??????

Bohoh piang la melayu pakatan... undi lagi la pakatan... peniaga melayu di saman.. peniaga cina bebas..hahaha..

MANA PAS MANA PKR... adakah melayu di situ semua undi umno... undikan rahsia.. kpd yg belum kena tdk mustahil nasib anda sama.

SAPE YG KAYA... CINA... BARUA CINA.. PEMIMPIN PAKATAN... hahahahaha

Anonymous
July 2, 2013 at 4:55 PM

Org bn....jgn memandai mandai nk bantu...jgn jadi bodoh..belajar pengalaman lalu..dorang ade wakil rakyat..biar pakkatun rakyat settle segala masaalah...biar dorang rase..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger