Label 10

Home » , » #PRKKualaBesut : Warga Kuala Besut Dapat Pembangunan Bernilai RM300 Juta

#PRKKualaBesut : Warga Kuala Besut Dapat Pembangunan Bernilai RM300 Juta

Written By AAKJ on Saturday, July 20, 2013 | 6:30 PM


Sesuatu yang amat bernilai dan bermakna buat penduduk Kuala Besut apabila dua projek besar untuk faedah rakyat diluluskan iaitu mendalamkan muara sungai Besut untuk kepentingan nelayan bernilai RM250 juta dan terbarunya Empangan Lowvier bernilai RM35 juta untuk para petani, khususnya penamam padi di Pengkalan Nangka dan sekitarnya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd.Yassin mengumumkan projek terbaru Empangan Lowvier untuk kemudahan kira-kira 500 orang pengusaha padi di Kuala Besut.

Ketika berucap di hadapan ribuan nelayan dan petani beliau berkata, kelulusan yang diberikan untuk projek ‘lowvier’ iatu adalah merupakan usaha untuk meningkatkan atau menambahbaikkan projek yang sedia ada yang sedang dijalankan untuk membantu pengairan bagi penanam padi di Kuala Besut, khususnya di Pengkalan Nangka dan sekitarnya.

“Apabila saya sudah berada di Kuala Besut untuk mengggerakkan jentera pilihan raya di sini, saya dapat rasa denyut nadi rakyat, saya dapat dengar dari banyak pihak supaya, termasuk pimpinan Umno di sini, supaya Kuala Sungai Besut diperdalamkan dan diperkukuhkan benteng pemecah ombak kerana ia sering menjadi tohor, walau beberapa kali digali,” kata Tan Sri Muhyiddin.

Katanya, berikutan dengan itu beliau telah membawa ke pengetahuan Perdana Menteri dan kerana sekian lama projek ini dinantikan oleh nelayan Kuala Besut, PM telah meluluskan RM250 juta kepada Terengganu untuk projek ini.
Projek ini akan menjadikan pekan Kuala Besut lebih maju dan terkenal, pusat-pusat perniagaan baru dan lain-lain kegiatan ekonomi akan membawa peluang pekerjaan kepada penduduk, katanya di sambut dengan tepukan oleh kira-kira 3000 petani dan nelayan yang menghadiri perhimpunan ini di Dataran Kuala Besut petang ini 20 Julai.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger