Label 10

Home » , » YB Reezal Merican Bakal Tambah Isteri ? Artis Lagi ?

YB Reezal Merican Bakal Tambah Isteri ? Artis Lagi ?

Written By AAKJ on Friday, June 28, 2013 | 10:55 AM



Menurut laman blog akakdisebalikpintu, pelakon wanita popular 90an Mas Anizan atau nama sebenarnya Mas Anizan Mohd. Shahid dikatakan bakal berkahwin dengan Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina.

Cukup menarik gosip terbaru ini kerana jika benar Mas Anizan bernikah dengan Ketua Pemuda UMNO itu, dia bakal menjadi isteri ketiga kepada Datuk Seri Reezal dan akan bermadu dengan Sharifah Norhaslinda yang juga pelakon terkenal dalam industri hiburan tempatan.

Isu yang lebih hebat untuk korang perlu tahu, isteri pertama Datuk Seri Reezal iaitu Datin Ismalina Ismail, 41, bukan sembarangan orang. Datin Ismalina ialah bekas Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Pengarah Eksekutif Puncak Seni Sdn. Bhd. Bagaimana agaknya beliau mampu melawan sifat egonya agar dapat menerima kehadiran bakal isteri ketiga suaminya?

Nampaknya, Datuk Seri Reezal memang lelaki yang amat hebat kerana bakal beristerikan tiga wanita cantik yang bijaksana, popular dan orang berada. Apa agaknya rahsia Ketua Pemuda UMNO ini sehingga mampu memikat hati wanita dan berkahwin buat kali ketiga?

Di bawah, admin ingin berkongsi beberapa keping gambar Mas Anizan yang sangat cantik dan menawan walaupun kini usianya sudah mencecah 40 tahun. Untuk makluman, Mas Anizan sebelum ini pernah berkahwin sekali namun jodohnya tidak panjang kerana Allahyarham Datuk Ali Bapoo meninggal dunia pada 19 Mei 2008 akibat serangan angin ahmar.



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger