Label 10

Home » » Wanita Mengaku Yang Dia & Artis Hidup Seperti Laki Bini ?!! Episod Gaduh Di Bangsar

Wanita Mengaku Yang Dia & Artis Hidup Seperti Laki Bini ?!! Episod Gaduh Di Bangsar

Written By AAKJ on Thursday, June 20, 2013 | 2:00 PM

Sharizal Jaszle & Farah

Niat untuk menyelesaikan masalah dengan pihak media sebagai pemerhati tak kesampaian apabila Sharizal Jaszle dan pasangan khalwat, Farah Nurizzati Salleh sibuk menegakkan benang masing-masing.
Menurut Harian Metro, pada pertemuan di sebuah restoran di Bangsar itu, Shah Jaszle berharap Farah menyokong pendiriannya bahawa mereka tiada hubungan istimewa – cuma kawan biasa yang berkenalan di set penggambaran.
Namun Farah berkeras bahawa dia dan Shah sudah sebulan bergelar kekasih dan Shah sendiri pernah berjanji mahu meninggalkan tunang deminya.
” Justeru perlu dijelaskan puncanya adalah kami berdua memang sudah bercinta dan kerana itu saya yakin. Shahz sendiri memberitahu tunang itu bukan pilihannya. Malah segala SMS dan saksi yang tahu kami bercinta ada dengan saya,” kata Farah.
Bagi menyokong kenyataan itu Farah tidak ragu-ragu mahu menampilkan saksi dan bukti lain seperti kandungan SMS sepanjang mereka bersama.
Sementara itu, Shahz pula mendakwa yang dia tidak pernah menyebut nama sesiapa sewaktu mendakwa dirinya diperangkap.
” Justeru saya tidak faham kenapa Farah perlu tampil menegakkan kisah kononnya kami bercinta dan tidak henti dan tiba-tiba mempersoalkan saya seakan menuduh saya kawan serumahnya pula. Kami hanya kawan biasa yang kebetulan kenal di set penggambaran,” kata Shah.
Shah dan Farah dicekup JAIS pada 16 Mei lalu jam 3 pagi di Apartment Taman Sri Subang. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Aakj ; Baca pengakuan gadis tersebut d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger