Label 10

Home » , » Hassan Tantawi Dan Nik Abduh Bangkai !! - Chegu Bard Taik

Hassan Tantawi Dan Nik Abduh Bangkai !! - Chegu Bard Taik

Written By AAKJ on Thursday, June 27, 2013 | 9:00 PM



‘Bangkai’ dan ‘c*ba*’, itulah kata-kata makian yang dilemparkan oleh CheguBard dalam laman sosialnya. Kata-kata itu difahamkan ditujukan kepada dua pemimpin PAS iaiatu Hassan Tantawi dan Nik Abduh sejurus selepas mereka muncul di TV3 membuat kenyataan menerima keputusan PRU-13.

Ada dua perkara yang boleh diperbahaskan di sini, iaitu pertamanya bukti kesepakatan yang goyah antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat. Dan keduanya, sifat hodoh mereka yang digelar pemimpin dalam Pakatan Rakyat.

Manusia dinilai dari akhlaknya. Antara cerminan akhlak ialah percakapan harian. Sebagai seorang yang bertamadun, apatah lagi yang mengaku sebagai Muslim, kita meletak nilai seorang yang sering mengungkap perkataan-perkataan kotor, lucah dan suka memaki hamun serta mencarutkan orang lain, sebagai manusia tidak berakhlak. Dalam kata lain, ‘tak ada kelas’ atau hina.

Dalam keluarga penulis, jika terjumpa orang sebegitu, maka kami akan tertanya-tanya “dari keturunan manakah mereka ini?” Dan pantas akan mengelak serta melarang anak-anak dari berkawan dengan manusia yang sebegini.

Melihat dari trend hari ini di mana kata-kata kotor, lucah, mencarut dan memaki hamun sudah merupakan perkara biasa dalam masyarakat, maka tidak salah jika dikatakan bahawa Malaysia kini dipenuhi dengan manusia yang ‘tak ada kelas’. Namun, apa yang lebih menyedihkan ialah manusia tak ada kelas ini boleh terlantik atau terpilih menjadi pemimpin.

Mungkinkah ini yang dinamakan yang terbaik di kalangan yang terburuk?

CheguBard bukan satu-satunya pemimpin PR yang dengan santai mencarut dan menghamun orang di laman sosial, tetapi sebelum ini Nizar dan beberapa pemimpin lain PR turut berbuat yang sama. Perkataan ‘s**t’ merupakan antara yang paling digemari mereka - mungkin mengambil ‘berkat’ tajuk buku carutan Shahnon Ahmad yang dihalalkan oleh Nik Aziz atas alasan Tuhan juga mencarut. (Astaghfirullahaladzim)

Ironi sekali apabila makian dan carutan Chegubard ditujukan kepada pemimpin dari parti sekutunya di mana salah seorangnya adalah anak kepada Nik Aziz. Tindakan Chegubard membuktikan bahawa tiadanya perasaan hormat-menghormati di kalangan pemimpin PR sesama sendiri, selain menyerlahkan hakikat bahawa mereka tidak pernah sepakat.

Apa yang dapat dilihat ialah tenaga, jentera dan pengaruh PAS diguna ketika perlu, tetapi dicarut habis-habisan sekiranya tidak bersetuju dengan PR; langsung tiada diplomasi, tiada teguran secara professional atau kecaman rasmi. Hanya hamburan kata-kata kesat secara terbuka bagaikan Mat Rempit atau Mat Dadah yang mencari gaduh di tepi jalan.

Tidak mustahil juga yang PAS atau Nik Abduh dan Hassan Tantawi sendiri tidak terasa apa-apa. Tidak mustahil yang mereka menerima makian dan carutan Chegubard sebagai perkara biasa. Maklumlah, mencarut dan memaki adalah budaya di dalam PR. Ceramah-ceramah mereka juga penuh dengan kata-kata kesat. Malah, Naib Presiden PAS, Mat Sabu sendiri terkenal dengan ceramah yang penuh dengan kata-kata kesat dan lucah. Justeru, apa yang nak dihairankan lagi?

Dengan sifat pemimpin PR yang begitu buruk, kita hairan kenapa rakyat Malaysia, terutama yang beragama Islam masih terasa sukar memilih antara intan dan permata. Pernahkah anda mendengar Dato’ Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin Yassin mengungkap kata-kata kesat? Atau Tun Mahathir?

Jelas, mereka ini dididik dengan baik, beradab sopan dan berakhlak mulia. Inilah jenis manusia yang boleh dilantik dan dipilih menjadi pemimpin. Pemimpin mesti ‘ada kelas’ bagi membolehkan mereka membawa rakyat ke arah masyarakat kelas pertama, yang bermaruah lagi disegani dunia.

Jika pemimpin sendiri sudah begitu ‘low class’, maka itulah terjadinya rakyat dilembukan sehingga berkhemah, terlompat-lompat dan berguling-guling di dalam jerebu semata-mata untuk mendapat sedikit upah.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger