Kesian...itulah yang boleh dikatakan terhadap nasib Hairie Othman yang kini makin dilupakan dan dipinggirkan oleh PR.
Beliau yang berkeyakinan tinggi bahawa PR dapat menumbangkan BN pada PRU13 lalu, kecewa apabila rakyat terus memberi mandat kepada BN. Kini, beliau terpaksa menanggung akibatnya.
Disebabkan gagal membentuk kerajaan, PR seolah-olah sudah mengenepikannya langsung dan segala janji untuk memberinya 'job' selepas PRU ibarat menanam tebu di pinggir bibir.
Jika dulu sebelum pilihan raya, Hairie tak menang tangan berceramah 4 kali sehari dan dengan pendapatannya itu, beliau mampu menyara keluarganya.
"Saya pelik sebaik selesai PRU13 PR tak lagi menghubungi saya, pada hal mereka diberi mandat memerintah Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Harapan saya cuma satu minta PR berikan satu 'job' seperti potong rumput dan sebagainya pada saya" kata Hairie.
Hairie juga sedih dan kecewa, mentang-mentanglah dirinya bukan wakil rakyat, PR langsung tidak mempedulikannnya lagi dan terasa dirinya seperti diperalatkan oleh PR.
+ comments + 2 comments
ha ha ha ha...padan muka...
Padan muka kau berlagak lagi
Post a Comment