Label 10

Home » , » Terkini ! Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam !! Seorang Lagi Di Tahan !!

Terkini ! Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam !! Seorang Lagi Di Tahan !!

Written By AAKJ on Wednesday, May 15, 2013 | 2:00 PM




Seorang pengimport alat-alat ganti kenderaan ditahan berhubung kes bunuh melibatkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman Dan Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata suspek yang berumur 37 tahun ditahan di Kuala Lumpur.

"Suspek berasal dari Kedah ditahan jam 2 petang semalam ," kata Ku.

Beliau menambah, polis ada beberapa petunjuk positif untuk merungkaikan kes ini. Suspek akan direman untuk membantu siasatan.

Empat hari lalu, seorang lelaki berusia 56 tahun juga ditahan untuk membantu siasatan berhubung kejadian kes tembak berikut. Lelaki itu ditangkap di Petaling Jaya pada jam 8.30 pagi (11 April).

Dalam insiden 26 April lalu, Pegawai ketiga tertinggi dalam Kastam yang mengetuai Bahagian Perkastaman/ Cukai Dalam Negeri itu dipercayai diekori oleh dua suspek yang menaiki motosikal lebih kurang pukul 8 pagi di Lebuh Wawasan dari arah Dengkil.

Shaharuddin, 58, rebah di bahu pemandunya selepas suspek berkenaan dipercayai melepaskan tiga das tembakan ke arahnya di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa.

Allahyarham telah berkhidmat sebagai pegawai kastam selama 30 tahun.


SUMBER
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger