Label 10

Home » , » #AnalisisPRU13 : PM Najib Mula Di Cebik !!

#AnalisisPRU13 : PM Najib Mula Di Cebik !!

Written By AAKJ on Tuesday, May 7, 2013 | 7:00 PM

menepati janji



Suara-suara mencebik Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sudah kedengaran. Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan emel dari kumpulan penyokong Pak Lah mulai kedengaran menggesa Mohd Najib berundur kerana pencapaian yang lebih teruk daripada 2008.

Saya tidak menyatakan pencapaian Mohd Najib sesuatu yang hebat dan gah, namun ia masih boleh dibanggakan. Saya percaya fakta akan menunjukkan bahawa pencapaian Barisan Nasional di bawah Mohd Najib jauh lebih baik daripada Pak Lah. Ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan air muka Pak Lah. Ini sekadar mahu mengingatkan kumpulan ini bahawa nasihat-nasihat mereka yang telah merosakkan Pak Lah tidak diperlukan dalam arus politik hari ini.

“Kumpulan ini menulis jika ketika BN hanya mendapat 140 kerusi Pak Lah diminta berundur oleh Muhyiddin dan pasukannya, mengapa sekarang bila Mohd Najib hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, beliau dan Muhyiddin tidak berundur?”

Secara logiknya memang Mohd Najib wajar berundur.

Najib Berhadapan Kekuatan Yang Lebih Besar

Namun kita kena ingat bahawa pencapaian BN hari ini secara keseluruhan jauh lebih baik dari BN semasa Pak Lah. 

BN telah hilang 5 negeri – Wilayah Persekutuan, Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang kepada Pakatan dalam pilihan raya lalu. Penguasaan ke atas Selangor dan Pulau Pinang menjadikan jentera Pakatan kali ini berkali ganda lebih baik daripada jentera mereka pada 2008. Manakala kedudukan mereka di Kedah dan Kelantan menjadikan kedudukan UMNO sendiri goyah.

Dengan kata lain, jika dalam pilihan raya 2008, ia umpama Manchester United (BN) lawan Queens Park Rangers (Pakatan), kali ini ia sudah menjadi seperti Manchester United lawan Manchester City. Ini bukan lagi pilihan raya David versus Goliath. Ia sudah menjadi pertembungan dua gergasi. Jik Pak Lah masih lagi Perdana Menteri dan dikelilingi oleh penasihat-penasihatnya yang bodoh itu, kita sudah menjadi pembangkang hari ini.

Berhadapan dengan kekuatan jentera pilihan raya Pakatan yang jauh lebih besar daripada 2008, BN merampas kembali dua negeri yang kita kalah dalam pilihan raya yang lalu – Kedah dan Perak. Ini suatu pencapaian yang sangat luar biasa jika dilihat dengan jentera Pakatan, manifesto pakatan dan juga calon-calon yang mereka pertaruhkan kali ini berbanding 2008.

Pada zaman Pak Lah, UMNO mengalami perpecahan dan menuju kehancuran yang serius sehingga menyebabkan kita kehilangan Kedah, Perak dan Selangor serta kalah teruk di Kelantan. Akhirnya, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri keluar UMNO sebagai menyatakan kekecewaan beliau kepada Pak Lah. Situasi dalam UMNO hari ini sangat berlainan sama sekali. UMNO kembali menjadi Menteri Besar di Kedah dan Perak.

Rampas Dua Negeri, Kerus UMNO Bertambah

Hari ini Mohd Najib telah merampas kembali dua negeri yang kalah dalam pilihan raya lalu di samping mengekalkan negeri-negeri yang telah diperintah sebelum ini. Ini tentulah pencapaian lebih baik dari Pak Lah.

Sungguhpun BN hilang 7 kerusi Parlimen lagi, namun UMNO telah meningkatkan kerusi Parlimen yang diwakilinya daripada 79 kerus kepada 88 kerusi. Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri juga menyaksikan peningkatan kerusi UMNO daripada 239 pada 2008 kepada 242 pada 2013.

Ini bermakna gandingan Mohd Najib – Muhyiddin telah berjaya mengukuhkan kembali sokongan kepada UMNO yang merosot teruk pada 2008. Justeru dari segi pencapaian UMNO, tiada sebab Mohd Najib perlu meletak sebagai jawatan Presiden UMNO. Mohd Najib telah menjalankan tanggungjawab beliau paling utama sebagai Presiden UMNO iaitu memulihkan parti.

Kehilangan tujuh kerusi Parlimen memang agak mengecewakan, namun Mohd Najib telah berjaya menambah sokongan pengundi terhadap BN daripada 4 juta pada 2008 kepada 5.3 juta pada 2013.

Dan kita semua tahu, pengurangan kerusi ini bukan kerana isu polisi yang lemah, kepimpinan yang lemah atau kebencian rakyat kepada kepimpinan negara seperti 2008.

Sebaliknya, peningkatan kerusi Pakatan kali ini hanyalah kerana kaum Cina mahu DAP berkuasa besar dalam politik negara. Ini telah saya bincangkan dalam siri kedua analisis PRU 13 semalam.

Mohd Najib Bukan Sempurna

Jadi mengapa Mohd Najib perlu meletak jawatan sebagai Presiden UMNO? Hanya orang yang tidak mahu berfikir, berdendam dan mahu merebut kuasa dalam UMNO sahaja yang mencadangkan sedemikian. Untuk mereka yang mahu UMNO terus kuat dan kukuh, mereka tahu bahawa parti berada dalam landasan yang betul di bawah Mohd Najib.

Namun Mohd najib bukan sempurna. Beliau perlu melakukan perubahan dan pembetulan diri, kerajaan dan parti bagi meneruskan momentum sokongan ini. Ini telah saya nyatakan dalam siri pertama analisis PRU 13 ini.

Kepada sahabat-sahabat yang menulis membelasah Mohd Najib dan Muhyiddin hari ini, tanyalah diri kita adakah kepimpinan Mohd Najib lebih baik atau buruk dari Pak Lah? Saya percaya ramai dalam hati nurani mereka menyatakan Mohd Najib lebih baik. Memang ada perkara kita tidak bersetuju dengan Mohd Najib, namun apakah ia satu justifikasi untuk menjatuhkannya dan membenarkan DAP menepuk tangan?

Mohd Najib memerlukan masa memperbaiki kerosakan yang berlaku sejak 2004 -2009. Ia tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat!

Share this article :

+ comments + 12 comments

May 7, 2013 at 7:06 PM

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Err.. RASAnya UMNO dapat 109 KERUSI para PRU kali ini..

Wallahualam..

Anonymous
May 7, 2013 at 7:20 PM

Kerana Najib la PRU-13 masih lagi mengekalkan BN sebagai kerajaan pusat. Kalau Pak Lah yang mengemudi PRU-13, rasanya Pak Lah dah jadi Ketua Pembangkang dah, kemudian serah jawatan tu bulat-bulat pada Najib. Lagi teruk....

Kerana kesilapan Pak Dollah, BN terpaksa merana selama 10 tahun...

Anonymous
May 7, 2013 at 7:35 PM

Pakatan rakyat menang pada PRU12 bukan sebab mereka kuat tapi sebab BN dibawah pimpinan Pak Lah lemah. Pada PRU13 pencapaian BN juga teruk bukan sebab BN/Umno diterajui Dato Najib lemah tapi disebabkan PR yang semakin kuat. Tahniah pada Najib kerana mampu mempertahankan kerajaan Malaysia dari dijajah PR.

Anonymous
May 7, 2013 at 7:40 PM

Kita sama2 harus memberi sokongan yang padu kepada DSN kerana ini bukan masanya lagi untuk kita menuding jari. Semua harus akur bahawa majoriti rakyat sudah membuat pilihan. BN sudah menang dan akan menubuhkan kerajaan. Tak kiralah apa pun tetapi sekarang DSN adalah sah PM kita. Jgn kita pertikai keputusan majoriti dan keadaan. Kita rapatkan kembali saf dan berpegang semula dengan tali Allah. Itu yg Allah pesan pada kita. Kita harus sokong kerajaan sekarang demi keamanan. Jgn lagi nak memecah belahkan kami terutama Melayu dan pribumi. Kerana sekarang ini jiwa untuk bersatu membuak2 ......

Anonymous
May 7, 2013 at 7:47 PM

HIKMAH TERSEMBUNYI ... CINA KIASU BERPAKSI YAHUDI

DASAR BANGSA YG TAK MENGENANG BUDI

PASTIKAN KELUARGA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI

PASTIKAN SURVIVAL POLITIK MELAYU KE AKHIR AYAT

KEMPEN ... BUY CHINES LAST

Anonymous
May 7, 2013 at 7:49 PM

Ini semua spin punya cerita
apa hal pun jangan lupa ini tanah melayu
China dah bersuara dengan kertas undi

Lantik Dato Seri Shahidan Kassim menjadi
Menteri Dalam Negeri yang baru

Anonymous
May 7, 2013 at 7:49 PM

dato najib the best but tlg do sthing with d.rosmah cos pmbangkang bnyk buat isu kpd beliau betuln@ fitnah semata2 kita x tahu tpi kita prbetul prbetul n bnykan program agama

Anonymous
May 7, 2013 at 10:42 PM

Pemimpin umno atasan terlalu lembut...mesti kene brutal n keras kepala..macam tun m..nik aziz..lim kit siang..karpal singh..lim kuan yew..baru boleh bertahan lama..pahit utk di dengar...tp itu hakikat yg sebenar...

Anonymous
May 7, 2013 at 11:41 PM

Salam. Sahabat-sahabat yang bekerja di GLC adalah penyokong kuat Pakatan Rakyat. Antara alasan mereka adalah isteri PM terlalu masuk campur dalam urusan kerajaan termasuk dlm perlantikan CEO/Pengerusi, etc. Sibuk membuat perjanjian busines disana sini! Sedangkan zaman Tun M dulu Dr Asmah langsung tidak kelihatan. Perkara ini perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh pimpinan UMNO untuk memastikan nasib Anak Bangsa terus terbela.

May 8, 2013 at 12:39 AM

Apa pun Dolah bedawi aku persalahkan.. semua org tahu dialah punca segala yg berlaku hingga hari ini - melepaskan nuar berahim!!

May 8, 2013 at 12:44 AM

Dato Seri Najib.. jgn berlembut lagi dan terlalu optimis.. BUAT BAIK BERPADA-PADA datukkk serii!! teruskan usaha transformasi kepada negeri yg di bawah pentadbiran BN, mana2 kawasan di bawah pembangkang tu jgn bagi muka lagi.. tak guna dahh!! Jgn buat kami rasa kecewa datuk serii.. penjawat awam yg berpaling tadah secara terbuka perlu di beri pengajaran dgn memindahkan mereka di negeri pemerintahan pembangkang.. biar dia rasaaa.

May 8, 2013 at 12:47 AM

zaman sekarang ni datuk seri najib, jika nak buat baik kepada org yg terang2 'meludah' pemberian/pertolongan, kita tak guna lagi dahh.. beri mereka pengajarann!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger