Label 10

Home » » #AnalisisPRU13 : Himpunan Haram Di Pahang Tajaan Cina Rasis ?!

#AnalisisPRU13 : Himpunan Haram Di Pahang Tajaan Cina Rasis ?!

Written By AAKJ on Tuesday, May 7, 2013 | 10:00 PM


Polis Pahang memberi amaran kepada orang awam agar tidak menyertai perhimpunan haram yang dikatakan akan berlangsung di negeri itu esok.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ACP Anuar Osman
berkata pihaknya menerima maklumat mengenai perhimpunan yang dikatakan dirancang
penyokong kumpulan anti-Lynas.

"Setakat ini pihak polis belum menerima sebarang permohonan untuk permit
bagi perhimpunan tersebut.

"Sehubungan itu polis menasihatkan agar orang ramai tidak menyertainya
berikutan terdapat kebimbangan perhimpunan itu akan menimbulkan suasana tegang
dalam kalangan peserta," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Anuar juga memberi amaran kepada yang berkenaan, terutama pengamal media
sosial agar tidak mengulang siar dakwaan kononnya berlaku gangguan bekalan
elektrik di pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah,
Bentong, Ahad lalu.

"Pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap blogger
yang terlibat dan akan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (Malaysia) bagi mengesan blogger atau individu yang terlibat jika
kenyataan tersebut diulang siar," katanya.

Semalam, Tenaga Nasional Berhad menafikan berlaku gangguan bekalan elektrik
di pusat penjumlahan undi ketika pilihan raya umum ke-13 kelmarin.
Share this article :

+ comments + 1 comments

May 8, 2013 at 12:37 AM

dalam keadaan umno/bn yang kononnya bercelaru dalam pru 13 ini....

umno/bn masih boleh menang dengan keputusan 60% itu tidak boleh disangkal....

bagaimana teruk pun prestasi bn/umno tapi masih boleh berkuasa....

itulah kuasa melayu yang mutlak....

tidak dapat dikalahkan walaupun pada hakikatnya melayu sudah pecah 3 dan orang cina semua bersatu hati sokong dap dan pakatan rakyat....

ini sudah terbukti dari tahun 1957 lagi.....

oleh itu sekarang orang melayu yang sokong pakatan masuk lah barisan dan menyokong umno/bn kerana tidak ada gunanya menyokong pembangkang....

anda tidak akan menang....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger