Label 10

Home » , , , » Terkini !! Penghulu Pas Di Tangkap Cuba Rogol Janda !!

Terkini !! Penghulu Pas Di Tangkap Cuba Rogol Janda !!

Written By AAKJ on Monday, April 1, 2013 | 10:00 PM




BACHOK – Gara-gara gila seks, seorang Penghulu Pas di sebuah mukim Jelawat di sini menerima padah apabila dibelasah teruk oleh penduduk kampung ketika cuba merogol seorang wanita berstatus janda di kawasan semak di kampung berkenaan minggu lalu.

Akibat daripada itu penghulu terbabit mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badannya.

Menurut penduduk kampung yang dikenali Mohamad Sidek, sikap liar penghulu berkenaan terhadap mangsa itu sememangnya telah lama mendapat perhatian penduduk kampung dan menunggu masa untuk bertindak.

Katanya, kerakusan itu berlaku selepas penghulu berkenaan dikatakan mengekori mangsa semasa menunggang motosikal secara bersendirian di sebuah jalan di kawasan kampung berkenaan.

“Ketika kejadian mangsa seorang diri menunggang motosikal. Penghulu terbabit mengekorinya sehingga ke kawasan laluan hutan kecil. Disitulah penghulu berkenaan cuba melakukan perbuatan terkutuk itu kepada mangsa.

“Mangsa bernasib baik kerana ada saudara maranya terlihat kejadian itu dan mengekori kereta yang dipandu penghulu terbabit,” katanya kepada DetikPerubahan.com ketika ditemui di sini.

Mohamad Sidek berkata, keluarga mangsa hilang sabar dengan perangai syaitan penghulu itu lalu membelasahnya sebelum dileraikan oleh penduduk kampung.

Ceritera gila seks di kalangan pemimpin Pas seakan telah menjadi satu fenomena berikutan banyak berita-berita mengenainya mendapat liputan seluruh media massa.

Sebelum ini, portal ini pernah menyiarkan kisah seorang wakil rakyat dari kawasan Parlimen Bachok yang sudah lanjut usianya tetapi masih ‘miang’ bercinta dengan seorang guru.

Ekoran daripada itu menyebabkan rumah tangga guru terbabit musnah selepas dikesan suaminya.


Sumber
Share this article :

+ comments + 5 comments

Anonymous
April 1, 2013 at 10:26 PM

Ini mesti salah UMNO tak percaya? lihatlah nanti.

Anonymous
April 1, 2013 at 10:36 PM

sebab tu pas sehingga kini masih tetap bersama p Gay R...tak silap aku draf hudud pas trengganu ada membenarkan perlakuan liwat isteri..

Statistik menunjukkan di kelantan mempunyai paling ramai suri rumah menghidap HIV...dari mana datang nya kuman tu ?

gen2felda

Anonymous
April 1, 2013 at 10:42 PM

BILIK HOTEL GRANTI JADI.
DALAM KERETAPI PUN JADI.
NI DALAM SEMAK ?
Pas SAH PARTI AJARAN SYAITAN

April 1, 2013 at 11:53 PM

umno salah hantar janda pakai seksi goda pemimpin pas

Anonymous
April 2, 2013 at 2:04 AM

banyak sgt ubat kuat diiklankan dlm harakah..itulah..kaum2 lebai ni nak lepaskan dan cuba kat janda2..nak cuba kat bini..dah tue..tak naik dah...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger