Label 10

Home » , , , , , » Kopiah Bukan Milik Ahli Pas !! Ustak Pas Tak Puas Hati PM Pakai Kopiah

Kopiah Bukan Milik Ahli Pas !! Ustak Pas Tak Puas Hati PM Pakai Kopiah

Written By AAKJ on Wednesday, April 3, 2013 | 1:19 PM



photo

    Saya berpeluang untuk berkunjung ke Masjid Jamek Sri Petaling dan menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid tersebut. Semasa diberi peluang untuk berucap dalam kunjugan itu, saya mengingatkan seluruh umat Islam supaya tidak merosakkan kepentingan agama dan sentiasa bersatu meskipun ada kalanya kita berbeza pandangan dalam beberapa perkara.

    Kita perlu sentiasa meletakkan Islam sebagai keutamaan. Sekiranya umat Islam berpecah belah, saya khuatir Islam akan menjadi semakin lemah. Janganlah kita merosakkan kepentingan Islam semata-mata kerana ideologi serta fahaman politik kita yang berbeza.

    Selain itu, saya turut menyeru kepada para pendakwah supaya terus melakukan aktiviti dakwah dengan baik. Kerajaan pula berjanji akan sentiasa berusaha untuk memastikan negara ini kekal aman dan makmur sekali gus menjadi negara Islam contoh di peringkat antarabangsa. - 30hb Mac 2013

    -Najib Tun Razak
    Share this article :

    + comments + 3 comments

    Anonymous
    April 3, 2013 at 2:10 PM

    kopiah yg najib pakai tak sama yg orang pas pakai, sebab bila luar warna hijau dan tengah putih dah macam yahudi pakai kopiah kecil je.

    Xpas
    April 3, 2013 at 2:22 PM

    Berbeza pemdapat dan pandangan adalah normal, Allah swt menciptakan kita berbeza beza. Kita tidak boleh memaksakan pendapat kita pd org lain dan org lain pun tidak sepatutnya memaksakan pendapat mrk pd kita. Utk bersatu dan berharmoni, apa yg perlu adalah bertolak ansur, bekerjasama dan saling menghormati. Jauhkan cela mencela, hina menghina, maki memaki dan sikap bermusuhan, krn sifat sedemikian tidak menenteramkan jiwa.

    Anonymous
    April 3, 2013 at 2:36 PM

    Kita harus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pakatan rakyat untuk kelangsungan karier politik ayam pencen Nik Aziz, Karpal Sigh, Lim Kit Siang, Hadi Awang agar cita-cita mereka ke putra jaya termakbul sebelum mereka menghembus nafas mereka yang terakhir..

    Post a Comment

     
    Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
    Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
    Template Created by Creating Website Published by Mas Template
    Proudly powered by Blogger