Label 10

Home » , , , , , » Artis Jamban Cuba Raba Isteri Taib Mahmud Di Sarawak ?!

Artis Jamban Cuba Raba Isteri Taib Mahmud Di Sarawak ?!

Written By AAKJ on Monday, April 1, 2013 | 8:30 PM




Keharmonian serta kesopanan Negeri Sarawak telah tercemar setelah NAMEWEE (Wee Meng Chee) berlaku biadap ketika beliau menghadiri Majlis Makan Malam Festival Filem Asean (Aseans International Films festival & Awards) di BCCK, Kuching Sarawak pada 30 Mac 2013 yang lepas.

Beliau tampil dengan pakaian menghina agama Kristian dimana beliau menghadiri majlis tersebut menggunakan pakaian yang menggambarkan seorang "sister gereja" sedang menghisap ganja/candu. 

Perbuatan ini telah menimbulkan ketidakpuashatian pelbagai lapisan masyarakat di Sarawak terutama rakyat Sarawak yang beragama Kristian. Bermacam-macam komen diberikan oleh pembaca Facebook beliau.

Selain itu, artis ini juga mengambil kesempatan pada majlis tersebut mengadakan sesi foto bersama Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan juga foto bersama isteri Ketua Menterti Sarawak,Datin Sri Ragad; namun NAMEWEE tampil dengan mimik muka yang sangat biadap dan seolah-olah mempersenda Ketua Menteri sarawak dan isterinya. Foto tersebut yang dimuat naik ke laman sosial Facebook beliau dengan status yang sangat biadap.

Foto bersama KM Sarawak-mimik muka yang menghina dan status FB yang penuh makna.

NAMEWEE lebih menghormati Dato Michelle Yeoh berbanding cara dan corak status beliau bersama KM Sarawak
Dari foto yang terdapat pada FB beliau (diatas), beliau lebih menghormati Dato Michelle Yeoh (status FB beliau ada tertaip perkataan "DATO SERI" dan cara beliau berfoto adalah lebih sopan) berbanding foto beliau bersama ketua Menteri Sarawak.


Perhatikan pula foto-foto di bawah ketika Namewee bersama artis lain.
Namewee bersama Datin Sri Ragad, isteri KM Sarawak
Foto diatas pula adalah foto beliau bersama Datin Seri Raggard, isteri Ketua Menteri Sarawak. Beliau menjelir lidah beliau dan anda boleh lihat sendiri status FB beliau pada foto tersebut-"Walao eh...Lebanese's Nenenenenene POKPOK white-hared three-bedroom". 




Namewee sentiasa bersopan dan status FB yang tidak melampau ketika bersama artis-artis lain

Adakah anda melihat perbezaan yang sangat ketara berkenaan adab beliau ketika berfoto bersama Ketua Menteri Sarawak dan bagaimana fotonya bersama artis-artis lain? Sangat jelas menampakkan Namewee mempunyai agenda tersendiri atau mimik muka yang mempersenda Ketua Menteri Sarawak dan isterinya.

Apakah maksud mimik muka dan status FB Namewee? "Dia akan mengulanginya sekali lagi", kata salah seorang rakyat Sarawak di Kuching;mengulas mengenai perbuatan biadap Namewee yagn pada suatu ketika dahulu beliau pernah menghina lagu NEGARAKU dengan mencipta klip video NEGARAKUKU. 

Pada ketika itu, Namewee memberi penjelasan yang berjela-jela panjangnya di blog beliau menerangkan bahawa beliau tiada niat untuk menghina negara Malaysia sedangkan seluruh negara tahu akan apa maksud tersirat klip video tersebut. Namun kali ini Namewee akan mengulanginya sekali lagi setelah dikritik atau apa-apa tindakan dari rakyat Sarawak selepas ini; beliau akan terus mengulas dan memberi alasan.

Wee Meng Chee (lahir pada tahun 1983 di Muar, Johor) ialah penuntut jurusan komunikasi di Universiti Ming Chuan, Taiwan. Beliau lebih dikenali sebagai nama samaran Namewee di YouTube dan mula terkenal dengan kontrovesi lagu dan video yang dicipta olehnya sendiri di YouTube.
Pada 7 Ogos 2007, dia telah menimbulkan kekecohan dunia Internet Malaysia apabila menghasilkan video rap dengan gubahan dari lirik Negaraku, mengandungi isi-isi menghina negara, pasukan polis, orang Melayu dan azan dalam agama Islam, mengikut laporan akhbar harian Metro.
Namewee kemudiannya dilaporkan meminta maaf kepada mereka yang rasa terhina oleh video tersebut dalam sebuah akhbar tempatan Inggeris, tetapi bukan kerana menghasilkan video itu sendiri dan dia tidak menyesal oleh perbuatan tersebut. Selain itu, ia tetap menegaskan dalam blog ia bahawa orang ramai telah tersalah anggap tentang lagu rap yang dihasilkan olehnya, dan menyatakan bahawa laporan akhbar Metro tersebut salah kerana ditulis tanpa memahami maksud tersirat lirik tersebut. Berikutan dengan itu, ia turut meletakkan terjemahkan lirik Cina ke bahasa Melayu di blognya.

Dilahirkan dan dibesarkan di Muar, Johor, Wee Ming Chi telah mendapat pendidikan di SRJK Chung Hwa 1B dan Sekolah Menengah Chung Hwa. Wee telah menubuhkan sebuah kumpulan muzik dinamakan "Kumpulan Muzik Makcik"(Dàniáng yuèduì) semasa zaman persekolahannya.
Dia kemudianya melanjutkan pelajaran ke Taiwan kerana mengikut peraturan pelajaran Malaysia, mana-mana pelajar sekolah peribadi tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat atas selepas Sijil Pelajaran Malaysia di mana-mana institusi tinggi awam Malaysia. Semasa di Taiwan, Wee juga telah menerbitkan beberapa klip video bersifat sindiran dan mengandungi kata-kata kesat yang dimuat naik ke dalam siaran Youtubenya. Antara lagu-lagu ia adalah termasuk lagu berjudul Kawanku sebuah lagu kotroversi yang mengkritik Cina malaysia, orang Melayu, dan Negarakuku. Walaupun bagaimanapun ia kemudian dipadam olehnya demi menjaga sensitiviti perkauman di Malaysia.
Walaupun diselubungi kontroversi akibat lagu-lagu sindiran terbabit, Wee telah mengeluarkan album bertajuk Namewee, di Malaysia pada 3 September, 2007, Album itu siap pada bulan Mei, dengan mengecualikan lagu kontroversi Negarakuku ia. Dia juga pernah menerbitkan filem dokumentari bertajuk "I wanna Go home (Saya mahu pulang).
Namewee juga menghina dan mempersenda adat orang Cina dengan memberi komen atau status di FB beliau berbunyi, "What the HELL bank?????? Lol!". Foto yang beliau maksudkan ialah foto "wang" yang digunakan oleh kaum Cina untuk kegunaan pada alam kehidupan selepas kematian mengikut adat dan kepercayaan kaum Cina. Namun ia dipersendakan juga oleh Namewee. 
Pelbagai respon diterima melalui pelbagai saluran terutama laman sosial Facebook berkaitan kebiadapan Namewee ketika beliau di Kuching. SKL sempat juga mencetak beberapa skrin untuk sama-sama kita lihat pelbagai respon rakyat Sarawak pada siri kedua nanti. Terdapat pelbagai jenis komen atau pendapat rakyat Sarawak mengenai tindakan biadap Namewee.

Antara respon yang SKL dapat dari rakan-rakan serta orang awam ialah:

"Jika Namewee bertindak sedemikian dengan tujuan untuk mencipta kontroversi ataupun mendapat glamour, bukanlah ini caranya."

"Kami rakyat Sarawak menganggap tindakan ini bukanlah satu lawak spontan malahan ianya adalah satu tindakan yang biadap ke atas Ketua Menteri Sarawak yang telah puluhan tahun membangun Negeri Sarawak."

"Kami Rakyat Sarawak terdiri daripada pelbagai kaum yang BERSATU SESAMA KAUM tidak mengamal budaya yang Namewee cuba bawa ke sini dan kami BENCI dengan sikap BIADAP Namewee."

"Namewee tidak sesuai atau layak berada di Sarawak mahupun Malaysia kerana dia telah mempersenda Kaum, Bangsa dan Agama!!"

"Si BIADAP itu langsung tidak menghormati Agama. Adakah dia mempunyai agama atau adakah dia tidak mempunyai IBUBAPA?!!"

Aakj : terbaik dari Dari Semantan Ke Lawas
Share this article :

+ comments + 6 comments

April 1, 2013 at 9:17 PM

yang panggil dia ni apsal? orang macam ni tak perlu bagi muka lah..

Anonymous
April 1, 2013 at 10:22 PM

dia ni sapa... besar sangat ke dia ni.. siapa yg terhegeh2 jemput mangkok ni... kan dah huru hara.... dah tahu mangkok ni hampehhh buat apa jemput...

April 3, 2013 at 3:56 PM

muka mcm sial...bangsat nk hina tmpt kelahiran sendiri.

Anonymous
May 19, 2013 at 4:39 PM

derr mmg patut la pon lidah terjelir tengok bini taib tu ha. baik takyah berbaju, malu dohh.

August 24, 2013 at 2:23 AM

hati-hati komen pasal budak ni...ada back kuat kot...kalau tak, dia takkan berani buat macam-macam hal...silap-silap, kita pula yg kena tembak...alaaaahai...

Anonymous
October 20, 2013 at 2:55 AM

Sape kisah kalo taib kene cmtu. Najib pn xbrani usik dia..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger