Label 10

Home » , , , , , » "Saya Pernah Rancang Untuk Bunuh Mahathir" - Ahli Pas

"Saya Pernah Rancang Untuk Bunuh Mahathir" - Ahli Pas

Written By AAKJ on Monday, March 25, 2013 | 12:27 PM


Antara manusia dan binatang hanya dijarakkan dengan "akal"
Antara manusia dan Iblis hanya dijarakkan dengan "Taat"
Antara manusia dan manusia hanya dijarakkan dengan "Agama"
Antara manusia yang beragama, mereka hanya dijarakkan dengan Iman dan Taqwa.


Ilmu tidak menjamin seseorang itu hebat imannya, jauh sekali Ilmu itu membezakan taraf  manusia di sisi Allah swt. Hanya manusia yang amal ilmunya seperti mana yang ditunjukkan oleh Nabi saw sahaja yang Allah bezakan dengan yang lain.

Ilmu yang ada lebih dari manusia lain tapi kalau cara yang diamalkan bukan seperti yang ditunjukkan oleh Nabi saw maka Ilmu itu tiada manafaat langsung malah akan memudaratkan orang lain dan yang lebih ditakuti akan mudaratkan Islam itu sendiri.

Iblis sudah berjanji akan menyesatkan manusia, bukan manusia jahil tapi semua manusia tak kira jahil atau alim. Iblis akan sesatkan hingga kiamat, tanpa henti.

Allah swt telah tunjukkan bagaimana perbezaan kehebatan Ilmu tanpa iman maka akhirnya tersungkur di kaki Iblis. Barsisa, Ulama Baghdad yang mempunyai beribu kitab kupasan hadis dan firman malah mempunyai beribu anak murid yang mampu khabarnya berjalan atas air, terbang dan mampu miliki ilmu ghaibkan diri. 

Apa jadi akhirnya pada Barsisa ? Minum arak, berzina dan bunuh seorang wanita dalam masa tak sampai pun satu hari. Betapa rapuhnya iman Barsisa.

Itu Ulama yang terkenal yang namanya dan sejarah tersungkurnya beliau di kaki iblis meniti dari mulut ke mulut sebagai panduan Ulama lain hingga kiamat agar waspada dengan IMAN yang dimiliki. Jangan taksub dengan ILMU yang ada.

Menurut Ulama muktabar, kemuliaan dan kejatuhan seseorang Ulama hanya kerana IMANnya yang tak mampu dijaga dan dibina, ego mula menguasai diri bila terasa diri disanjungi oleh ribuan pengikut yang taksub. Mereka lupa "EGO" adalah sifat Iblis yang menyebabkan Iblis dilaknat oleh Allah swt.

Kita lupa perbezaan antara ulama yang berilmu, beramal dan menyampaikan dengan ulama lantikan parti dan ulama yang dicipta untuk jadi pemimpin politik hanya kerana ilmunya lebih sedikit dari orang lain atau ilmu ugamanya datang dari Timur Tengah.

Itulah Hadi Awang, Nik Aziz dan yang seangkatan dengannya. Ilmu yang ada pada diri mereka juga kabur, apa jurusan dan pengkhususan yang mereka pelajari juga terlalu kabur dan tak pernah atau memang Hadi Awang dan Nik Aziz takut untuk ceritakan dengan ikhlas apa Ilmu yang mereka tuntut di India atau di Mesir.

Rakyat Malaysia ketika itu bukan semua mampu hantar anak belajar agama sejauh itu dan saat itu digunakan sebaiknya oleh Hadi Awang dan Nik Aziz kerana bilangan pelajar lulusan agama dari luar negeri amat kurang jadi inilah peluang keemasan mereka gunakan untuk menjadi pemimpin politik melalui jalan "ulama".

Nama Hadi Awang dan Nik Aziz melonjak pada pertengahan 80an, melonjak kerana mampu bawa pengaruh baru dalam dunia politik. Mampu 'jual' agama untuk kepentingan diri dan keluarga. Mampu tarik pengundi dengan tafsiran ayat Quran dan Hadis yang amat lemah walaupun tak ramai yang ikut pada mulanya dan mampu wujudkan budaya taksub melampau atau ekstrim ketika itu.

Sasaran utama Hadi Awang dan Nik Aziz serta bala pencacai upahan mereka adalah orang kampung yang pada pandangan mereka adalah jahil tentang Islam. Orang kampung dahagakan ilmu agama ketika itu, datang dengan hati yang bersih dan akhirnya dicemari dengan doktrin sesat ulama ciptaan.

Paling menonjol adalah DOKTRIN Amanat Hadi Awang. Amanat sesat yang mampu menguasai akal fikiran yang amat jahil ketika itu. Hadi Awang dan Nik Aziz pandai mengira dan mencari masa yang sesuai untuk keluarkan amanat mereka. Bila ahli atau pengikut yang taksub dah bertambah ramai maka saat itulah apa juga yang keluar dari mulut mereka akan ditelan tanpa ragu oleh penganut dan pengikut mereka yang setia.

Amanat sesat Hadi Awang saat itu menyebabkan ummah berpecah. Orang kampung mula terbahagi dua, kemuncaknya wujud solat 2 imam di kaiah yang sama. Paling menyedihkan ada pasangan yang sudah tua dan lama usia perkahwinan mereka juga hancur kerana amanat sesat Hadi Awang. 

Ada yang kembali ke pangkal jalan dan yang amat mendukacitakan, ada yang telan dan sudah menjadi darah daging mereka. Mereka anggap apa yang keluar dari mulut longkang Hadi Awang ketika itu umpama 'Hadis' atau tafsiran baru yang Allah kurniakan pada Hadi Awang.

Tahap paling menakutkan adalah bila amanat sesat Hadi Awang itu disulam dengan bisikan Iblis bahawa apa yang Hadi sampaikan adalah Amanah dari Allah, nauzubillah.

Akibat taksub melampau inilah, seorang dari ahli parti Pas yang mana mempunyai keahlian parti seumur Hidup merancang untuk MEMBUNUH Perdana Menteri Malaysia saat itu, Tun Dr Mahathir Muhamad.

Rancangan untuk membunuh Perdana Menteri ketika itu bukan dibuat seorang diri, malah dirancang bersama 30 Ahli parti Pas yang lain. Mereka yakin, hanya dengan cara ini saja Islam dapat ditegakkan. Mahathir perlu dibunuh !!, semuanya kerana pengaruh amanat sesat Hadi Awang.

"Ketika itu, saya menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang Terap, rancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan Islam dengan cara yang mudah disebabkan cara pilihan raya lambat dan kami tidak boleh menunggu lagi.

"Selain Dr. Mahathir, kami juga mempunyai senarai nama menteri kabinet untuk dibunuh... dan untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kami sudah ada kabinet bayangan, kami mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri, bagaimanapun rancangan ini gagal selepas ia dihidu oleh pihak berkuasa dan 30 rakan-rakan saya ditangkap" - Zainon Ismail atau CN Afgani.


Menurutnya, rancangan melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.

Bukan amanat Hadi Awang sahaja yang sesat malah Nik Aziz juga seringkali keluarkan kenyataan yang bercanggah dengan apa yang disampaikan oleh Nabi saw.

"usahkan Dap nak tolong, kalau IBLIS nak tolong pun kita terima.."- Nik Aziz

Lebih malang lagi bila hingga kini Hadi Awang tak pernah rasa menyesal sedikit pun dengan apa yang beliau lakukan, apa yang beliau pesongkan !!

Hadi Awang dan Nik Aziz lupa, kini ramai rakyat Malaysia belajar Agama di luar negara. Malah Kerajaan juga menghantar pelajar Malaysia ke luar negara beserta dengan bantuan biasiswa. Mereka lupa, rakyat makin pandai menilai dan akhirnya yang tinggal menyokong mereka hanyalah penganut taksub dan yang ada kepentingan kebendaan sahaja !!

Malah ada yang berani secara terang-terang mengeluarkan kenyataan :


Pertubuhan Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAPyang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata,kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama.

"Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.. !


BERTAUBATLAH HADI AWANG !!
BERTAUBATLAH NIK AZIZ !!



Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 25, 2013 at 1:07 PM

Huh ....pedis...pedis...tapi itulah hakikatnya .....cume nnt taksuban2 pada 2 ekor neh akan mngganyang bro....

Tapi bro , ada sekor lagi yg ngaku ostat pro Pakatan yg dok ligat berceramah sana sini dgn 'ferarri' dia..ye hok tuh pon xhenti2 mmberi ajaran /takrifan songsang lagi menyesatkan pada anak2 muda kite..

Mrk itula jenis yg di katakan ulamak akhir zaman,,,

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger