Label 10

Home » , , , , , » Lahad Datu Eksklusif ! Rakyat Rasa Selamat Dengan Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas !

Lahad Datu Eksklusif ! Rakyat Rasa Selamat Dengan Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas !

Written By AAKJ on Saturday, March 9, 2013 | 12:00 PM


Rutin harian masyarakat di sekitar Felda Sahabat kembali rancak hari ini susulan pengumuman penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Tinjauan pagi ini mendapati restoran dan kedai makan dibuka sejak awal pagi dan kelihatan ramai penduduk mula keluar ke kawasan pekan di Felda Sahabat ini untuk menjalankan urusan harian mereka.
Keadaan di kawasan itu juga tenang dan terkawal.
Dalam pada itu, bunyi enjin pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia kedengaran seawal pukul 7 pagi tadi, namun tiada bunyi letupan atau pertempuran didengari.
Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu berkenaan bertujuan menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu.
Op Daulat yang masuk hari keempat hari ini menyaksikan 1,959 penduduk dari tujuh buah kampung telah berpindah ke pusat-pusat penempatan sementara iaitu 1,309 ditempatkan di Dewan Fajar Harapan dan 650 di Dewan Embara Budi.
Setakat ini 52 militan disahkan terbunuh sejak insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, 12 Februari lalu.
Insiden itu turut mengorbankan lapan anggota polis iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serangan hendap di Semporna pada 2 Mac.

Aakj ; Tq PM !!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger