Label 10

Home » , , , , , » Foto & Profail Lengkap Dua Arwah Syuhada Lahad Datu

Foto & Profail Lengkap Dua Arwah Syuhada Lahad Datu

Written By AAKJ on Saturday, March 2, 2013 | 1:00 AM


Gambar kenangan Allahyarham Insp Zulkifli (kiri) dan Allahyarham Kpl Sabaruddin bersama keluarga masing-masing.

AL FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Kedua-dua jenazah dijangka akan tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 11.30 malam ini. Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, manakala jenazah Kpl Sabaruddin akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.

Insp Zulkifli bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut. Ibu Allahyarham, Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun) merupakan seorang ibu tunggal dan Allahyarham adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Isteri beliau, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun. Isteri Allahyarham Insp Zulkifli kini sedang hamil anak yang ke-3.

Manakala Allahyarham Kpl Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun.

Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

SUMBER
Share this article :

+ comments + 6 comments

Anonymous
March 2, 2013 at 3:31 AM

Assalamualaikum
Saya sebak sgt melihat kedua2 gambar ini..
Mereka pejuang terbaik negara..
semoga dlm kasih sayang Allah..

Al-Fatihah..

March 2, 2013 at 3:47 AM

Apabila satu-satu kumpulan memasuki negara bersenjata terutama senjata berat mereka tidak datang untuk berunding. Mereka datang untuk berperang. Dalam keadaan genting seperti ini kenapa pihak kerajaan tidak memanggil veteran-veteran perang yang ada untuk memberi nasihat? Kita masih ada Tun Hanif Omar, Tan Sri Rahim Noor dan veteran-veteran yang pernah terlibat dengan penghapusan komunis.

Kenapa mesti menghantar pasukan baru yang tidak mempunyai pengalaman untuk menyelesaikan krisis ini?

Hishamuddin harus bertanggungjawab dan meletakkan jawatan dengan kadar segera jika sayangkan negara dan parti. Banyak kerosakan dilakukan oleh beliau sebagai Menteri Dalam Negeri sejak lima tahun yang lepas.

Beliau cuba menjadi hero dalam krisis ini tetapi sebenarnya gagal. Jika Xenophon yang tidak bersenjata dianggap bahaya boleh dihalau keluar dari Malaysia dan kenapa harus dibezakan dengan beratus-ratus orang dengan senjata berat yang boleh dibiarkan bertapak di Lahad Datu? Kementerian Dalam Negeri cuai menangani krisis ini dan menyebabkan anggota keselamatan terkorban.

Kenapa beratus-ratus orang bersenjata berat boleh melepasi sempadan negara? Di mana pasukan keselamatan berada ketika mereka menyusup masuk? Kenapa tidak digunakan kereta kebal atau kereta perisai untuk memasuki kawasan musuh? Kerajaan perlu mengambil tindakan bijak di dalam hal ini bukannya menyalahkan pembangkang.

Kesilapan membuat keputusan oleh Menteri memalukan negara. Terdapat banyak lagi soalan-soalan sensitif yang boleh saya kemukakan namun ianya boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan akan dijadikan modal oleh pembangkang.

Jadi, kepada Hishamuddin tolonglah jadi seorang lelaki buat pertama kalinya dengan meletakkan jawatan dengan segera. Anda adalah liabiliti kepada Barisan Nasional. Inilah masanya jika anda ingin menjadi hero.

Anonymous
March 2, 2013 at 7:19 AM

Al fatihah. .Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beramal soleh dan menjadi ahli syurga. .Ameen

Anonymous
March 2, 2013 at 8:04 AM

Ahmad albab kenyataan yang pahit tapi benar apa yg di kata

Anonymous
March 2, 2013 at 1:25 PM

saya sokong kenyataan ahmad albab..kebenaran amat pahit...

March 2, 2013 at 5:03 PM

Terima kasih.. Pahit itulah ubat.. Jika kudis itu merbahaya ubatilah.. Jika sudah melarat hingga merbahayakan nyawa, terpaksa potong tangan, lebih baik potong.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger