Label 10

Home » , , » Eksklusif Semporna Inside ! Pertemuan Dengan Hero Kampung Yang Tewaskan Anjing Kiram III !!

Eksklusif Semporna Inside ! Pertemuan Dengan Hero Kampung Yang Tewaskan Anjing Kiram III !!

Written By AAKJ on Wednesday, March 20, 2013 | 12:34 AM


Tak pernah kita sangka, tak pernah siapa pun jangka malah tak terlintas pun d hati kita bahawa satu hari nanti berlakunya tragedi pencerobohan manusia iblis d tanah berdaulat kita..

Kata ulama..setiap yang berlaku d atas muka bumi ini ada hikmahnya walaupun d mata kasar ianya berlaku musibah yang tak pernah kita bayangkan. Allah mengatur seluruh alam ini..Allah yang izinkan semua terjadi ada sebabnya..ada hikmahnya...

Aakj berpeluang datang ke Semporna buat pertama kali dalam hidup..dah lama dengar istimewanya tempat ini dengan makanan dan pemandangan laut yang menyejukkan mata..kebaikan orang d sini juga pernah aakj dengar..sikap bantu membantu antara mereka aakj juga dengar..kini aakj sampai ke sini akhirnya bukan untuk menikmati alam ciptaan Allah yang Esa..

Namun datangnya aakj d sini kerana rasa tanggung jawab sebagai penyampai maklumat bagi pihak Kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia..datang atas jemputan sahabat dari negeri d bawah Bayu ini...

Aakj tidak ada ketika hari tragedi berdarah yang mengorbankan nyawa anggota keselamatan kita..aakj bukanlah wartawan mewakili akhbar-akhbar utama..malah jauh sekali mewakili stesen TV utama Malaysia..aakj datang atas rasa tanggungjawab untik melihat sendiri bagaimana keadaan Lahad Datu dan Semporna. Datang dengan jemputan sahabat dari Sabah.

Masa aakj d Semporna amat terhad namun kerjasama pihak polis dalam memberi kenyataan tentang tragedi ini amat aakj hargai..mereka layan media dengan adil..mereka bercerita dengan media apa yang terjadi tanpa mengira apa jenis media itu. Aakj hanya penulis blog bilis..dan ini pun mereka layan.

Kebetulan aakj tiba d Semporna hendak berjumpa OCPD Francis Abdullah sekadar ingin mendapatkan sedikit cerita dan meresapi perasaan mereka yang menjadi benteng utama d sini dari apa juga masalah jenayah.

Langkah aakj alhamdulillah langkah kanan, tiba saja d balai Polis Semporna, OCPD Francis Abdullah mengajak aakj bersama dalam program anjuran Jabatan Penerangan bersama Polis Semporna.

Program OPS Penerangan Keselamatan kepada penduduk yang terlibat dengan tragedi ini dan penduduk yang bersempadan dengan tempat kejadian. OCPD memberi taklimat kedudukan semasa tahap keselamatan dan apa yang pihak polis Semporna buat untuk menyakinkan penduduk agar mereka boleh menjalani kehidupan seperti biasa tanpa gusar.

Pihak Polis Semporna juga menyeru agar penduduk turut sama membantu polis dalam menyalurkan maklumat terkini kiranya ada terlihat pengganas yang masih meminta makanan dan tempat persembunyian.

Pihak Jabatan Penerangan pula memberi kaunseling agar trauma yang d lalui oleh penduduk yang terlibat reda dengan kadar segera.

Mulanya aakj hanya mengikut saja program ini tetapi tersentak bila mendengar ucapan dari Tuan OCPD bahawa inilah kampung tempat berlakunya tragedi penduduk menumpaskan seorang pengganas yang cuba berlagak samseng..berlagak ganas..akhirnya pengganas anjing Kiram III gugur kaku menjadi mayat kalah d tangan penduduk yang pada mulanya menjadi tawanan beliau.

Anjing Kiram III ini datang seorang diri..mengetuk setiap buah rumah yang ada dan mengumpulkan mereka d masjid Al Hidaya Sarari, masjid Kampung Sinalang Lama..lagak Rambo datang menyerbu dan cuba tunjukkan muka yang ganas supaya orang kampung takut akhirnya memakan diri..penduduk Sinalang Lama bukan kayu buruk..kena hempuk sekali terus konyol..gugur..mati seperti katak kena lenyek dengan roda lori balak ! tuuuiHHH !! vavi !



Kesempatan ini aakj tak sia-siakan..rasa teruja nak jumpa dan bersalam dengan 'hero kampung' yang tak d dendang..wira kampung yang sanggup gadaikan nyawa demi pertahankan tanah air malah pertahankan kampung tanah tumpah darah mereka.

Menurut mereka, pada mulanya mereka memang takut bila pengganas anjing Kiram III itu datang dengan senjata M16 kata mereka..anjing Kiram III naik dari rumah ke rumah..tawan mereka dan kumpulkan mereka d masjid..

Keputusan mereka ambil untuk tumpaskan anjing Kiram III d buat dalam masa yang amat singkat..tanpa berfikir tentang nyawa terancam, penduduk bertindak menumpaskan anjing Kiram III beramai-ramai. Mereka sedar bahawa anjing Kiram III rupanya hanya seorang diri.

Menurut penduduk..mereka kenal anjing Kiram III itu..biasa menjadi imam d masjid mereka..namun ketika bersenjata dan berseragam pengganas, watak Imam selama ini hanyalah lakonan..perasaan marah penduduk ketika itu sudah tidak dapat d bendung lagi..keputusan mereka buat dan akhirnya anjing Kiram III tersungkur menyembah bumi dalam keadaan yang paling hina !!

Aakj menghormati permintaan penduduk d sini agar jangan siarkan foto mereka dari jarak dekat untuk keselamatan mereka.

Penduduk bimbang juga kalau-kalau ada lagi yang datang nak balas dendam terhadap mereka..tapi kali ini tegas mereka..kami sedia berkorban untuk pertahankan hak kami sebagai rakyat Malaysia yang setia pada negara ! terharu aakj mendengar pengakuan ikhlas dari hati mereka.



Buat penduduk Kampung Sinalang Lama..aakj tabik hormat anda semua
Buat penduduk Kampung Sinalang Lama..aakj doakan anda semua d lindungi Allah sepanjang masa
Buat penduduk Kampung Sinalang Lama..aakj bangga jumpa anda semua..anda semua orang baik-baik !


Foto kat atas ni aakj ambil d kawasan Kampung Simunul..tempat gugurnya 6 Syuhada...

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 20, 2013 at 7:33 AM

Dek sebab ramainya wartawan kat Lahad Datu, keputusan STPM pun jadi berita hangat. Tahniah kepada anak-anak kita yg berjaya.

Jika tiada wartawan kat sana, kejayaan besar ini pasti tak keluar berita !!!

Terima kasih kepada wartawan dan bloggers yg melaporkan.

Nani.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger