Label 10

Home » , , » Beza Pelajar DS Rosmah Dengan Pelajar Asuhan Jijah !!

Beza Pelajar DS Rosmah Dengan Pelajar Asuhan Jijah !!

Written By AAKJ on Sunday, March 24, 2013 | 2:00 PM


Program PERMATA yang dinaungi Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bukanlah satu usaha yang sia-sia dimana ia ternyata memberi manfaat kepada anak-anak yang terlibat.
Buktinya, kesemua anak-anak yang menyertai program PERMATA telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
Bilangan anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang itu ternyata mampu menutup mulut sesetengah pihak yang seringkali mencemuh dan mempertikaikan sejauhmana relevannya program itu dilaksanakan.
Sebagai penaung PERMATA, bagi Rosmah pencapaian kumpulan pertama program ini sememangnya memberi kebanggaan bukan sahaja kepada beliau malah keputusan cemerlang anak-anak ini sekaligus melambangkan kualiti sistem pendidikan di negara ini semakin berkembang.
“Walaupun ini adalah kali pertama pelajar-pelajar PERMATA Pintar menduduki SPM, saya sangat berbangga dengan keputusan yang diperolehi.
“Daripada jumlah keseluruhan seramai 99 pelajar itu, seramai 51 orang telah mendapat semua A, 14 mendapat 8A, 20 mendapat 7A, dan 14 lagi mendapat 6A,” katanya.
Menurut Rosmah lagi, apa yang lebih membanggakan, daripada 99 pelajar Tingkatan 5 tahun ini, 15 daripada mereka telah pun berada di Amerika bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda.
Katanya, kesemua 15 pelajar terbabit telah mendapat tawaran di universiti terkemuka antarabangsa termasuklah Johns Hopkins University, Brown University, University of Los Angeles California, University California Davies, University Wisconsin-Madison, Rudgers University New Jersey dan University of Iowa.
“Setelah pelajar-pelajar ini mengambil peperiksaan SAT dan TEOFL, mereka telah memohon dan berjaya mendapat tempat pengajian menggunakan sijil pelajaran yang dikeluarkan sendiri oleh Pusat PERMATA Pintar, UKM yang telah menerima pengiktirafan daripada 15 buah universiti terkemuka di Amerika Syarikat.
“Buat masa ini seramai 97 pelajar yang telah lulus SPM sedang menyambung pengajian mereka di Program Asasi Pintar di UKM, manakala dua lagi telah menerima tawaran lain,” katanya selepas menyampaikan Sijil Penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang PERMATA Pintar, pagi tadi.
Rosmah menambah, sistem pendidikan yang diamalkan oleh program berkenaan bukan hanya menekankan kepada peperiksaan SPM sahaja sebaliknya tenaga pengajar turut melatih para pelajar untuk membina pemikiran di aras yang lebih tinggi.
Katanya, adalah menjadi objektif program PERMATA untuk menjadikan pelajar-pelajar yang terlibat supaya menjadi seorang yang berfikikan secara kritis dan kreatif.
“Sebagai penaung, sememangnya saya cukup berbangga dengan pencapaian anak-anak ini dan saya harap pihak kerajaan dapat memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke universiti antarabangsa.
“Kita mahu pelajar-pelajar kita menjadi seorang yang disegani satu hari nanti dalam apa jua bidang yang ingin mereka ceburi.
“Siapa sangka di masa akan datang, salah seorang dari anak-anak Permata Pintar ini menjadi seorang doktor pakar yang mencipta ubat kepada penyakit-penyakit kronik seperti kanser atau HIV,” katanya lagi.
Menurut Rosmah, untuk kumpulan kedua anak-anak Permata Pintar, seramai 125 pelajar tingkatan 5 kini sedang menerima pendidikan daripada tenaga pengajar.
Beliau menambah, dari jumlah berkenaan seramai 30 pelajar telah menduduki peperiksaan SAT dan TOEFL di mana 8 daripadanya telah pun mendapat tawaran.
Share this article :

+ comments + 3 comments

March 24, 2013 at 2:06 PM

camana bagusnya hasil program permata pintar naungan ds rosmah, dimata pembangkang, soheh berjela-jela kecacatannya. tak percaya? cer bukak blog2 @ portal pro lgbt, eh..pembangkang. mana ada satupun yg memuji. memuji benda baik yg datang dari kerajaan adalah haram bagi pr. begitulah rupa dan warna corak pemikiran pembangkang di malaysia.

Anonymous
March 24, 2013 at 2:12 PM

Jangan nanti ade dikalangan PERMATA tu jadi mcm adam adli, khalid ismath yer.

Anonymous
March 24, 2013 at 2:15 PM

Kalo nak ikot puak haram tuh ...semua benda yg kjaan skrg buat semua nya mmbazir dan xelok...dan itu yg trsemat dlm batu jemala sekor2 penganut pakatan haram...

Bg mrk yg elok ialah n ajis sambut besday dgn kapal smbl melantak kek, ANUwar melanyak doll dan jambu..kalimah Allah di kongsikan dgn kapir....puak taksub mmg xbole pakai sekor2...hancur Malaysia kalo jatoh kat tgn puak haramneh...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger