Label 10

Home » » Bantuan RM 50,000 Untuk Penduduk Mangsa Pengganas Kiram ! TQ BN !

Bantuan RM 50,000 Untuk Penduduk Mangsa Pengganas Kiram ! TQ BN !

Written By AAKJ on Thursday, March 14, 2013 | 8:30 PM



Kesusahan penduduk Sabah yang terjejas ekoran tindakan pengganas Sulu terus mendapat perhatian kerajaan. Timbalan Perdana Menteri yang melawat tempat kejadian baru-baru ini mengumumkan tiga jenis bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa bantuan itu ialah pemberian bantuan ehsan wang tunai RM1,000 kepada setiap keluarga, bantuan pembinaan semula rumah yang musnah dengan kos setiap rumah RM50,000 serta pembaikan kecil untuk rumah yang rosak, dan penjadualan semula bayaran pinjaman kepada penduduk yang berniaga dan meminjam daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun Nasional) dan Amanah Ikhtiar.
   


Bagi pembinaan semula, Muhyiddin berkata penduduk boleh memilih sama ada menerima bantuan itu atau berpakat dan berbincang dengan pemimpin setempat untuk berpindah ke satu lokasi dan kerajaan akan membina projek perumahan rakyat.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Negara turut mengumumkan tambahan keselamatan di zon-zon yang dijangka menjadi lubuk pengganas pada masa depan selepas mesyuarat kumpulan kerja pertama ESSCOM di Kota Kinabalu.

Sebagai permulaan jumlah anggota polis akan ditambah di Zon Timur Sabah. 5 balai polis baru akan dibina di Pulau Gaya, Pulau Bum Bum & Mabul, Tg Labian dan Felda Sahabat.
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
March 14, 2013 at 8:57 PM

HARAP2 TAKDE YANG TERLEPAS KE TANGAN PUAK KIRAM LANUN YANG MENYAMAR JADI RAKYAT MSIA HANYA SEMATA NAK DUIT DAN KESENANGAN YANG ADA.

INGATLAH....

MUSLIHAT - MUSLIHAT - MUSLIHAT PUAK KIRAM LANUN PENGGANAS.....GUNTING DALAM LIPATAN!!!!

KALAU ADA YANG AMBIK, INGATLAH - RAKYAT MSIA TAK REDHA...HARAM SAMASEKALI BUAT KAU. PASTI NANTI KAU SEMUA TERIMA BALASAN ALLAH SWT !!!!

Anonymous
March 14, 2013 at 9:12 PM

Setujuuuuuu.....betul betul betul


kalau kau ambik jugak, aku kasi gunting sama kau baahhh......

baik ekau balik filipina sana jumpa sultan tangkal ekau tu mintak ssama dia lagi baik. Dia pun papa kedana tu....hehehehe

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger