Label 10

Home » » Rakyat Pedalaman Sabah Bersama BN !

Rakyat Pedalaman Sabah Bersama BN !

Written By AAKJ on Tuesday, January 1, 2013 | 3:00 PM


Beberapa hari yang lalu, TPM, Datuk Seri Muhyiddin Yassin berkunjung ke Sabah untuk merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kali ke 15 yang berlangsung dengan jayanya d Dewan Masyarakat Keningau. 

Presiden PBRS, Datuk Joseph Kurup mengalu-alukan kedatangan TPM bersama dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman serta rombongan.

Dalam ucapannya, Joseph Kurup menyatakan bahawa walaupun PBRS bukanlah sebuah parti komponen BN yang besar namun kesetiaan PBRS adalah kayu pengukur dalam BN. Malah PBRS sentiasa bersama dengan BN disaat susah dan senang BN di Sabah.

Dikesempatan itu, Joseph Kurup memohon agar Kerajaan Pusat menimbang dengan serius keadaan rakyat di kawasan Keningau yang jauh d pedalaman terutama tentang kemudahan persekolahan bagi kawasan parlimen beliau.

Malah tambah Joseph, beliau juga berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana tidak pernah lupa membantu rakyat di pedalaman Sabah dengan pelbagai projek mega termasuk projek turapan jalan dan bekalan air bersih serta pusat kesihatan daerah.

Ketika ucapan perasmian persidangan tersebut, TPM meluluskan satu pembinaan sekolah menengah di satu kawasan parlimen Keningau. Tepukan gemuruh dari perwakilan yang hadir bergema di dewan Keningau menyambut berita gembira tersebut. Rata-rata perwakilan tidak menjangkakan bahawa permintaan dari Presiden Parti mereka diluluskan dihari persidangan tersebut.

TPM juga melahirkan rasa bangga dengan parti komponen BN itu dan menganggapnya seperti seekor tebuan, walau kecil tapi berbisa !!

Tegas TPM, semua komponen amat penting bagi BN dan semua komponen menggunakan satu lambang sahaja ketika mana-mana pilihanraya, ini menunjukkan BN bersatu. Bukan seperti pakatan pembangkang yang masih tidak berani mendaftar secara sah pakatan haram mereka. Antara mereka masih ragu dan saling tidak percaya, jauh bezanya dengan Barisan Nasional.

Laungan Hidup BN ! dan laungan ahli yang nyatakan bahawa mereka sudah lama bersedia untuk hadapi PRU13 mengakhiri majlis perasmian persidangan tersebut..



Share this article :

+ comments + 1 comments

January 1, 2013 at 3:14 PM

Ya.. rakyat pendalaman yg duduk di pingir2 hutan SAHAJA sokong BN,, sebab x ada akses kpd internet.dimana rakyat miskin.di situ bn kuat.

cuba tgk bukti kat sini..http://www.youtube.com/watch?v=l7XR7vs4NSA&feature=youtu.be

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger