Label 10

Home » » Foto PM Berkerusi Roda & Isteri Menangis Tersebar ?!!

Foto PM Berkerusi Roda & Isteri Menangis Tersebar ?!!

Written By AAKJ on Tuesday, January 8, 2013 | 7:00 PM



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyangkal dakwaan kononnya beliau tidak sihat seperti yang dilaporkan dalam beberapa blog di Internet. 

Semasa berucap pada pelancaran Bon dan Sukuk Yang Diniagakan (ETBS) di Bursa Malaysia di sini, Najib menegaskan bahawa beliau sihat dan meminta rakyat Malaysia supaya tidak mendengar khabar angin.


"Bursa Malaysia sihat, pasaran bon sihat, pasaran sukuk sihat dan saya juga sihat. Jadi tolong jangan percaya terhadap blog," katanya disambut dengan tepukan hadirin. 



Spekulasi yang mendakwa perdana menteri diserang strok ringan hangat diperkatakan hujung minggu lalu. 

Setiausaha akhbar perdana menteri Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad dilaporkan berkata semalam bahawa perdana menteri sihat. 

Najib hadir pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi semalam. - BERNAMA


Aakj; hahaha puok kera ni dah abis modal..sapa sakit ? sapa yang masuk wad lebih kerap dari doktor tu sendiri hahaha foto d atas tu hanya hiase jah hahaha..
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
January 8, 2013 at 7:12 PM

Semoga DS Najib sihat walafiat serta sentiasa dalam lindungan dan keberkatan Allah swt.!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger