Label 10

Home » » Karpal Benci Raja Melayu ?

Karpal Benci Raja Melayu ?

Written By AAKJ on Thursday, December 27, 2012 | 10:05 AM


Kenyataan Media GAPS

Biadap kepada Raja-Raja Melayu - Karpal Singh wajib mohon maaf

1. Tindakan Karpal Singh dan DAP melarang pemimpin mereka menerima darjah kebesaran yang dikurniakan raja-raja Melayu boleh disifatkan sebagai satu tindakan anti-raja2 Melayu dan menghina raja2 Melayu.

2. Karpal Singh tidak layak bercakap soal prinsip sebab beliau seorang ahli politik yang tiada prinsip. Karpal melaungkan demokrasi tetapi jawatan beliau dalam parti dilantik oleh Lim Guan Eng dan bukan dipilih oleh ahli-ahli parti.

3. Pada Oktober 1997, beliau mengatakan Anwar di Parlimen bahawa Anwar adalah seorang kaki liwat dan tak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi pada 2012 beliau mengangkat Anwar menjadi calon Perdana Menteri untuk DAP.

4. Karpal Singh dan Lim Guan Eng (orang yang lantik Karpal sbg Pengerusi) perlu mohon maaf kepada semua raja raja Melayu kerana bersikap biadap terhadap hak raja raja Melayu mengurniakan darjah kebesaran kepada sesiapa saja yang dipilih.

5. Warna sebenar DAP telah terserlah dan semakin terserlah bahawa mereka terus memainkan sentimen perkauman dan anti Institusi Melayu dalam usaha mereka mahu mengejar kuasa di Putrajaya. DAP berkonspirasi dengan PKR dan PAS dengan menjadikan Melayu sebagai "punching bag" dalam fahaman politik sempit DAP untuk "merampas" kuasa dinegara ini.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Shah Alam
26 Dis 2012
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 28, 2012 at 3:44 PM

Sama muka..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger