Label 10

Home » » WUJUD AKTIVITI SEKS BEBAS DALAM PROGRAM ANTI LYNAS ?!!

WUJUD AKTIVITI SEKS BEBAS DALAM PROGRAM ANTI LYNAS ?!!

Written By AAKJ on Thursday, November 29, 2012 | 9:00 PM


Kenapa majoriti kaum Cina memboikot kilang Lynas? Betulkah cina-cina hijau yang berhimpun itu merupakan cina Malaysia? Aku tidak ada bukti untuk menunjukkan bahawa Cina hijau yang berhimpun itu adalah cina import. Cina Malaysia mungkin hanya segelintir sahaja yang terlibat dalam himpunan kahak hijau anti Lynas baru-baru ini.

Aku mendapat satu email dari kenalan rapat berhubung isu Lynas. Dia pesan, email yang dia hantar ini bukan untuk aku simpan milik peribadi tetapi perlu dikongsikan dengan orang lain. Aku nak curi masa pembaca semua sebanyak 5 minit untuk kita sama-sama baca fakta yang kenalan aku hantar semalam.

Perbuatan khianat Cina Anti Lynas
Fakta Lynas.
1. Lynas Malaysia Sdn Bhd sebuah syarikat milik Australia, membina sebuah kilang di Gebeng, Pahang untuk memproses bijih nadir bumi (rare earth) yang dimport dari Mount Weld, Australia Barat.

2. Lynas dikendalikan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan dibantu oleh lima orang penasihat pakar nadir bumi dari China dan India

3. Kilang Lynas adalah kilang kimia dan bukan kilang nuclear seperti Chernobyl (Rusia), Bhopal (India) dan Fukushima (Jepun)
Nadir bumi adalah sejenis galian atau bijih yang terbentuk semula jadi biasanya ditemui didalam kerak bumi dan sukar dikeluarkan. Produk yang dihasilkan oleh Lynas digunakan dalam pengeluaran TV, TV LED, computer bimbit, panel solar untuk bekalan elektrik, kincir angin, komponen elektrik untuk pengeluaran kereta hybrid, bateri kereta dan aditif dalam diesel.

Isu.
Dikatakan oleh pihak yang membangkang bahawa ianya mempunyai kaitan dengan isu kesihatan dan keselamatan orang awam. Bijih nadir bumi ini mengandungi sejumlah kecil bahan radioaktif dan dikatakan produk dari kilang Lynas boleh mendatangkan kemudaratan dan kerosakan kepada alam sekitar.

Sebenarnya, radioaktif ada di mana mana di sekitar kita yang berpunca daripada proses semulajadi, tetapi tidak mendatangkan kesan kepada orang awam. Tiga jenis bahan sisa iaitu Gypsum SIntetik (FGD), Gypsum Magnesium (NUF) yang kaya dengan magnesium, dan FosfogypsumBesi (WLP).

FGD dan NUF adalah bahan sisa bukan radioaktif dan diprogramkan untuk menjadikannya sebagai bahan komersial.

WLP pula mengandungi kadar radioaktif pada tahap 0.165 % dan kadar yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa bagi mengukur sesuatu bahan bukan radioaktif adalah 0.05 %.

Lynas telah mengenal pasti kaedah bagi menstabil dan menurunkan lagi kadar radioaktif didalam WLP dari 0.165 % ke paras 0.03 %, iaitu lebih rendah dari paras yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa. Dengan penurunan tersebut, sisa Fosfogypsum Besi (WLP) yang diuruskan Lynas dikategorikan sebagai BAHAN BUKAN RADIOAKTIF dan BUKAN TOKSIK.

Setelah distabilkan, WLP boleh digunakan sebagai asas penting kepada pembinaan jalanraya dan tempat meletak kereta. Jadi, kenapa Lynas datang ke Malaysia..dan terpaksa mengangkut bahan bijih nadir bumi di Australia ke Malaysia untuk diproses. 
Lynas tidak perlu mengelak kawalan undang undang yang ketat di Australia kerana undang undang sediada di Malaysia jauh lebih ketat daripada undang undang di Australia. Ianya dalah kerana :-

1. Iklim pelaburan yang kondusif dan berdaya saing

2. Mempunyai sumber yang optimum termasuk infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong operasi kilang

3. Gebeng khususnya mempunyai kemudahan pelaburan yang diperlukan, kemudahan sokongan yang boleh dipercayai, pekerja yang kompetetif dari segi teknikal dan kemudahan utility yang berdaya saing.

4. Keperluan undang undang yang jelas di mana ianya penting dalam membuat keputusan untuk melabur.

Sebab dibangkang oleh DAP dan kuncu kuncunya :-

1. Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi Kilang Lynas di Kuantan adalah salah satu 
 daripada dua kilang yang dibangunkan untuk memastikan China tidak memiliki 
 
monopoli penuh terhadap nadir bumi.

2. Sebuah lagi kilang yang sama dibangunkan di gurun California berhampiran Death Valley.

3. Faedah terbesar China selain mengeksport bahan berkenaan, ialah membawa masuk syarikat-syarikat besar dunia untuk melabur berhampiran dengan lombong bahan berkenaan di negara itu. 
 Seperti baris ayat dalam akhbar New York Times keluaran 13 Mac lalu: 
 
Even if the West and Japan overcome the stiff challenges of winning their case at the World Trade Organization, it could still take several years before Beijing changes its policies — by which time companies in the West and Japan could have moved even more of their factories that use rare earth metals to China.

4. Secara tidak langsung, monopoli China ke atas nadir bumi membolehkan ia menikmati pelaburan asing yang tinggi daripada pelbagai syarikat berdaya maju dunia.

Malaysia juga sepatutnya akan mendapat faedah yang sama dengan pembinaan kilang Lynas. Di kala banyak syarikat gergasi beralih ke China, kilang Lynas akan membuka ruang untuk Malaysia pula meraih faedah pelaburan langsung asing yang tinggi.

Kegagalan kilang Lynas di Malaysia akan merugikan negara ini dan keuntungan yang sangat banyak kepada China. Kilang di Gebeng adalah yang terbesar di dunia dan akan membantu menghasilkan satu perlima nadir bumi global. Bayangkan keuntungan dan jumlah syarikat besar dunia terutama dari Jepun yang akan melabur di Malaysia?

Tindakan China mengenakan sekatan penjualan nadir bumi ke atas Jepun akibat pertikaian wilayah pada 2010 menjadi petanda jelas negara matahari terbit itu akan membawa masuk pelaburan yang tinggi ke negara ini dan tidak lagi bergantung kepada China.

Sektor pembuatan dan perkilangan Jepun dan Barat berada dalam kedudukan paling tidak selesa dengan monopoli nadir bumi oleh China.

Kajian IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa dan Ahli Parlimen PAS yang juga seorang ahli sains nuklear menolak kilang Lynas merbahaya. IAEA bagaimanapun ada memberikan kenyataan agar Lynas dan kerajaan berkomunikasi dengan lebih kerap dengan anggota masyarakat dan pelan pembuangan jangka panjang bahan tapisan nadir bumi diperkenalkan.

Jadi….kenapa puak DAP bermati matian ingin menghalang kilang tersebut daripada terus beroperasi di Malaysia. Sanggup berjalan kaki dan menhasut rakyat…kenapa..apakah kerana tiada semangat nasional dan cintakan Negara…atau…mempunyai agenda yang lain…Anda berhak menilainya dengan ilmu dan akal…

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 29, 2012 at 11:06 PM

Apa kata rakyat malaysia protes kemasukan pelancong2cina yg akhirnya jadi pelacur di negara kita. Zina itu lagi dasyat kesannya pada negara... Sampaikan DSAI pun menjadi mangsa...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger