Label 10

Home » » BAHAN FITNAH !! AKHIRNYA DS ROSMAH BERSUARA....

BAHAN FITNAH !! AKHIRNYA DS ROSMAH BERSUARA....

Written By AAKJ on Friday, October 5, 2012 | 6:00 PM


“Biarlah saya difitnah, biarlah saya dihina, asalkan anak-anak ini mendapat pendidikan awal yang terbaik”.
Demikian luahan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai mengulas segala kontroversi serta fitnah yang dilemparkan ke atasnya oleh pemimpin Pakatan Rakyat.
Rosmah yang juga Penaung Program Permata Negara, memberitahu bahawa segala tomahan itu bukanlah penyebab untuk beliau menghentikan segala usaha dalam membangunkan pendidikan awal kanak-kanak.
Katanya, aspek pendidikan pra sekolah adalah sesuatu yang penting dalam proses membentuk jati diri anak-anak dan atas sebab itu pelbagai usaha untuk memastikan kanak-kanak di bawah umur empat tahun terutama yang tinggal di kawasan pedalaman perlu dilakukan secara berterusan.
“Macam-macam yang telah diperkatakan oleh pihak di sebelah sana (pembangkang) tetapi kita pekakkan telinga dan teruskan kerja-kerja kita untuk masa depan anak-anak ini.
“Saya tidak mendapat apa-apa pun… saya sendiri tak faham mengapa mereka asyik nak timbulkan kontroversi,” katanya.
Menurut Rosmah lagi, program Permata bukanlah satu usaha yang boleh memudaratkan minda anak-anak sebaliknya ia memberi fokus kepada pendidikan pra sekolah secara holistik bagi membentuk insan yang cergas minda, kreatif dan berkeyakinan tinggi.
Beliau menambah, rakyat perlu bersyukur kerana kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) kini meletakkan usaha membina modal insan sebagai agenda teras kepada kejayaan bangsa dan negara.
Sambungan...klik SINI
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
October 5, 2012 at 9:24 PM

Umno akan dapat undi lebih besar orang melayu kalau Rosmah memakai tudung menutup aurat..

Najib bijak mengurus negara. Tapi bab yg.paling basic bacam nih tak mampu pujuk Rosmah tukar imej. Orang lain tak pakai tudung tapi rambut terurus dan sedap mata memandang..Sapa sebenarnya perunding imej rosmah nih?

Ustaz Kazim Elias, Fathul Bari dari Ilmu aku rasa dah hantar surat pada PM bab rambut rosmah nih.(check youtube ceramah dorang) .Tapi sampai sekarang tak mahu berubah.

Dengan ini aku secara rendah diri dah takzim memohon agar Datin Sri Rosmah cubalah pakai tudung. Aku yakin ribuan perunding imej akan bagikan idea lebih cantik penampilan dengan menutup aurat. Secara tak langsung meningkatkan imej Najib sebagai pemimpin negara islam.

gen2felda

Anonymous
October 6, 2012 at 6:49 AM

Setuju 100%

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger