Hari ini, hari raya Aidilfitri. Semua umat Islam seluruh dunia bergembira berjaya melaksanakan salah satu Rukun Islam.
Tidak ketinggalan umat Islam di Malaysia. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin mereka. Pelbagai cara diraikan seperti rumah terbuka pasti menghiasi setiap kali perayaan. Tidak ketinggalan juga yang sponsor bas untuk berkempen pilihanraya...raya la jugak tu..
Ketika berita melaporkan mengenai ribuan rakyat menghadiri rumah terbuka Perdana Menteri dan Kabinet, ada pula pecacai yang cuba mempolitikkan sambutan kali ini. Tidak seperti yang pernah dilakukan sebelum ini, semua rakyat hadir, berseronok, tetapi ada pula yang sengaja membangkitkan isu remeh temeh seperti penggunaan duit rakyat.
Ada yang cuba memberi komen mengenai pembaziran yang dilakukan oleh PM kerana menggunakan duit rakyat secara membuta tuli bagi mengadakan sambutan rumah terbuka tersebut. Entah di mana dia letak pemikirannya setaraf itu..
Baiklah, memang kerajaan gunakan duit rakyat untuk sambutan tersebut. Dan sambutan tersebut pula untuk siapa? Untuk gajah ka? Untuk kambing ka? Bukankah sambutan tersebut untuk rakyat juga? Jadi di mana pula pembaziran sambutan tersebut jika duit rakyat digunakan untuk rakyat?
Jika disarankan PM gunakan duitnya sendiri untuk buat sambutan rumah terbuka tersebut, dari mana pula datang duit itu? Nak guna duit gaji beliau? Gaji beliau juga bukankah rakyat juga yang bayar? Jadi di mana pula duit beliau?
Adakah pecacai-pecacai Pakatan Rakyat ini beranggapan jika mereka menang PRU akan datang tiada sambutan sebegini kerana ianya satu pembaziran duit rakyat? Oh...singkat dan bangang sungguh pemikiran mereka...tahap bebal nak mampus!
Cuba perhatikan pula tindakan MB Selangor yang dengan bangganya mengatakan beliau akan menaja sebuah bas untuk tujuan berkempen pilihanraya. Dia mana ada duit...gajinya pun rakyat yang bayarkan...jadi kenapa dia katakan dia yang taja? (Ikut kefahaman istilah 'duit rakyat' yang difahami oleh sesetengah pecacai bangang PR)
Nak bangkitkan isu biarlah bertempat. Sampai bila mahu jadi baghal macam kaldai...kena tendang punggung baru reti nak bergerak..
AAKJ; BANGANG !!
Post a Comment