Adakah anda hairan mengapa The Star yang dimiliki MCA sering menyiarkan berita yang condong kepada DAP?
Misterinya sudah terjawab. Meskipun MCA sebagai tuanpunya akhbar adalah berperanan majikan namun parti itu tetap dijadikan bahan perli oleh kakitangan jentera medianya sendiri sewaktu berlawak dengan politikus pembangkang di Twitter.
Seperti yang sudah diketahui umum, The Star berat sebelah dan tidak memandang kepada Wanita MCA serta Beliawanis.
Saban minggu yang wajib ada itu warta Hannah dan ianya mesti disampaikan beberapa kali seminggu. Ambil contoh liputan yang diberikan Star kepada Adun Subang Jaya DAP selama 3 hari berturut-turut baru-baru ini (screenshot bawah).
Orang Subang Jaya tangkap tikus, The Star mahu mewawancara Hannah Yeoh. Jual kucing (Selcat) pun The Star mahu sebut nama Hannah Yeoh walaupun jawatankuasa itu mempunyai seramai 7 orang ahli (sesetengah anggota Selcat yang lain itu tidak pula dirasakan perlu untuk Starmenyebut nama mereka).
Jalanraya sesak The Starmahu menemuramah Hannah Yeoh. Banjir The Star mahu memetik pendapat dewi alam itu. Kalau dunia kiamat punThe Star pasti akan terkinja-kinja dengan mantera keramat Hannah.
Malah sampul angpow Hannah Yeoh yang dicetak dengan ayat Bible surah the Book of Proverbs juga telah dilaporkan oleh Star walhal kaum Tionghua menyambut Tahun Baru Cina tetapi Si Hannah senantiasa mood Krismas.
Nama Hannah Yeoh diselitkan ke dalam laporan Star keluaran hari Khamis yang lalu mungkin gara-gara pemberita Star tersebut rakan Twitter Hannah Yeoh. Teh Eng Hock itu nampaknya satu geng Twitter dengan para wartawan Selangor Times danMalaysiakini.
Lihat screenshot (bawah) balas-membalas Tweet pemberita Star Teh Eng Hock.
Gan Pei Ling ialah wartawan Selangor Times yang kerap memberi publisiti kepada Hannah Yeoh serta pernah menerima anugerah cek daripada Ng Wei Aik (klik sini untuk tengok gambar).
Rosmah diketawakan sebagai ‘Big Mama’
Screenshot (bawah) balas-membalas Tweet yang seterusnya adalah di antara pemberita Star itu dengan Hannah Yeoh di mana Hannah telah mentertawakan identiti Big Mama dengan dengusan “hu hu hu”.
VIP lewat yang diejek Teh Eng Hock sebagai “Big Mama” ialah Rosmah Mansor(liputan berita acara berkaitan di mana Rosmah merupakan tetamu kehormat — baca sini).
Acara nyanyian MCA ditertawakan sebagai memalukan
Screenshot (bawah) balas-membalas Tweet Teh Eng Hock dengan wartawanSelangor Times Gan Pei Ling mengejek penyanyi-penyanyi Ah Moi yang membuat persembahan di majlis jamuan anjuran MCA.
Lawatan Soi Lek ditertawakan sebagai “serbuan”
Screenshot (bawah) balas-membalas tweet Teh Eng Hock dengan rakan sejawatnya di Star, iaitu Regina Lee, mengejek rombongan Chua Soi Lek diiringi dua orang menteri dan lima orang timbalan menteri membuat jelajah kilat.
Tweet Teh Eng Hock tentang “serbuan MCA turun padang di Klang” telah di’retweet’ oleh Hannah Yeoh lalu ia berjaya disebarkan kepada 47,000 orang peminat Twitter Adun DAP tersebut.
Menteri-menteri MCA payah dilayan
“I need a drink … painful to do it [trail politicians when] sober” (lihat urutan tweets dalam screenshot bawah).
Politikus-politikus yang terpaksa dijejak Teh Eng Hock pada tarikh 20 Mei 2012 ialah Chua Soi Lek, Kong Cho Ha, Chor Chee Heung, Lee Chee Leong, Gan Ping Sieu, Donald Lim, Chua Tee Yong dan Heng Seai Kie.
Sekiranya pemberita Star sendiri menampakkan tidak boleh tahan dengan para menteri MCA apatah lagi orang kebanyakan?
Mungkin nada sinis wartawan Star sudah mampu dimengertikan between the lines(tangkap makna tersirat) oleh pembaca suratkhabar itu yang ikut bersama memperlekehkan MCA. Ramai mengakui mereka membeli Star hanya untuk membaca berita sukan serta untuk mengetahui siapa meninggal dunia (obituary).
Sama ‘banana’ dengan Hannah Yeoh
Cina yang berciri “banana” memang lebih cenderong kepada DAP berbanding MCA.
Sekiranya seorang wartawan senior seperti Teh Eng Hock – yang sudah berkhidmat lebih 8 tahun dengan Star – galak mempamerkan sikap negatif terhadap menteri-menteri MCA maka tidak peliklah sekiranya pemimpin-pemimpin lain BN kurang yakin terhadap suratkhabar itu.
Lihat screenshot mesej-mesej yang ditweet pemberita Star kepada Hannah:
- “MCA-Star self appointed assemblyman for Subang Jaya” [ejekan dituju kepadaOng Chong Swen, pegawai perhubungan MCA Kelana Jaya), dan
. - "grilling MBPJ planning officers. Deep frying [bekas pegawai MBPJ Noraini Roslan dan Faiwos Abd Hamid yang disoalsiasat oleh Selcat] actually. Can smell the fear”.
Menjelang pilihanraya akan datang yang merupakan ‘Ibu Segala Pertempuran’, pasti parti-parti komponen BN yang meragui Star tentunya tidak mahu menanggung risiko usaha kempen PRU mereka disabotaj oleh gunting dalam lipatan.
Kredit : Helen Ang
+ comments + 2 comments
DAP sudah bayar The STAR ni
Baaabbbbii ini duri dalam daging. Ada bayar untuk buat artikel ka?? macam konsisten saja makan luar?? puiiiiiii! nak harammmm!
Post a Comment