Label 10

Home » » FOTO (nikah shj) !! AKTRES D PAKSA "XXX" OLEH WAKIL RAKYAT?!!

FOTO (nikah shj) !! AKTRES D PAKSA "XXX" OLEH WAKIL RAKYAT?!!

Written By AAKJ on Saturday, July 7, 2012 | 1:00 AM


Model dan aktres terkenal Vietnam dituduh melanggar nilai dan tradisi tempatan selepas menyiarkan gambar bogelnya di internet dalam kontroversi yang mendapat tumpuan media negara itu.

Ngoc Quyen, 23 , menyiarkan beberapa gambar bogelnya yang dirakam di tepi sungai di pedalaman Vietnam dengan keterangan foto ‘jaga alam semula jadi seperti anda menjaga anggota badan sendiri.’ Kisah Quyen mencetuskan sensasi media negaranya selain tersebar dalam Facebook dan dibincangkan dalam forum sembang dengan ramai pengulas mengkritik langkah berbogel semata-mata bagi menimbulkan kesedaran sesuatu isu.

Pada masa sama, selebriti itu menjelaskan, beliau menyiarkan gambar itu sebagai inisiatif peribadi yang tiada kaitan dengan mana-mana kempen alam sekitar.

Antara ulasan diterima laman web popular Dan Viet ialah pandangan Huyen Trang yang berkata: “Bergambar bogel tidak diterima budaya Vietnam. Dia tidak melindungi tetapi mencemarkan alam semula jadi.”

“Jika Ngoc Quyen masih ada ibu bapa, apakah pandangan mereka? Saya pasti malu,” kata seorang pengulas lagi di laman web Nikovn.com.
“Secara peribadi, saya tidak nampak sebarang unsur seni cuma penampilan seksi,” kata seorang pengarang hiburan.

Seorang jurugambar, Thai Phien, 48, berkata anggota tubuh wanita sudah digunakan beratus tahun lalu dalam bidang seni negara itu tetapi biasanya tidak mendedahkan kesemuanya.

“Orang ramai sudah mengubah pandangan mengenai gambar bogel tetapi pihak yang menguruskan budaya di sini masih bersikap konservatif.

“Bagaimanapun, gambar Quyen masih jauh untuk dikategorikan sebagai seni,” katanya.

Ketika diwawancara VietnamNet, Quyen ditanya mengenai reaksi ibu dan teman lelakinya apabila isu gambar bogelnya menjadi hangat.

“Ibu dan teman lelaki memahami dan menyokong saya walaupun berdepan kontroversi. Saya menghantar gambar berkenaan untuk menggembirakan teman lelaki dan menghangatkan hubungan kami tetapi saya tidak sangka ia menjadi kontroversi,” katanya. – Agensi







SUMBER
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger