Label 10

Home » » ARTIS CINA MALAYSIA !! "KILL BILL" KILL BN ?!!

ARTIS CINA MALAYSIA !! "KILL BILL" KILL BN ?!!

Written By AAKJ on Thursday, July 5, 2012 | 10:30 PM


Popularkah atau musim senja..atau lubuk baru cari makan ?

Penyanyi Cina tempatan pada zaman 1980-an dan 1990-an, Ceng Wei Shan berkempen secara terbuka di pentas DAP pada malam 29 Jun.

Ceng Wei Shan mempersoalkan, "Berapa 'tempoh lima tahun' yang kita miliki sebagai manusia? Berapa lagi 'tempoh lima tahun' untuk anda menggarap masa depan negara? 

Jadi, jangan lepaskan peluang anda, hargailah tempoh lima tahun ini sebaik-baiknya, lakukanlah perubahan sebaik-baiknya. Dalam masa lima tahun, kes misteri Teoh Beng Hock perlu didedahkan. Hati saya perit membaca beritanya. Saya penyanyi Malaysia. Saya tidak terkata apa-apa. 

Saya gagal melakukan apa-apa. Saya hanya gelisah dalam hati. Begitu juga dengan anda semua."


"Untuk sekian tahun saya hidup, untuk sekian lama saya berada dalam dunia hiburan... Dulu saya terikat dengan kontrak syarikat, jadi saya tidak boleh membuat keputusan ke mana harus saya pergi untuk lakukan persembahan. Sekarang, saya sebagai individu yang bebas. Jadi, apa perlunya saya untuk mengambil peduli pandangan orang? Buatlah apa yang saya rasa patut, dan apa yang bermakna!" sambungnya.

"Apakah BN akan menyara hidup saya bila saya tidak bernyanyi?" Ceng Wei Shan meluahkan segala-gala yang terpendam dalam hati, sebagai seorang penyanyi Cina yang tidak menerima layanan adil dalam dunia hiburan. 

Beliau berkata, tidak kurang penyanyi Cina tempatan yang memperolehi anugerah di peringkat antarabangsa, tetapi tidak diiktiraf di Malaysia. Layanan jauh berbeza apabila artis dunia hiburan Melayu membuat persembahan di Indonesia dan Jepun.

Beliau menyanyikan lagu "Mimpi Keemasan Kota Bersejarah" (terjemahan), Ceng berkata, "Kota yang lama memiliki mimpi yang baru. Mimpi hari ini adalah untuk membawa perubahan pada masa depan, membawa perubahan untuk anak-anak. Jadi, mahu berubah? Berani untuk berubah? Saya sudah all out! Jikapun filem Kepongyang saya lakon itu diharamkan, saya pun tak kisah!"

Demikianlah ucapan Ceng Wei Shan ketika berkempen di ibu pejabat DAP Melaka pada malam 29 Jun lalu..




Beberapa artis popular dunia hiburan Cina mulai menunjukkan sokongan secara terbuka dalam isu seperti BERSIH 3.0, Hentikan Lynas dan sebagainya. 

Pengarah filem independen, Ho Yuhang telah memakai baju kuning "Kill Bill" (Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman) untuk menghadiri Majlis Perlancaran Filem Ah Beng The Movie: Three Wishes, yang dirasmikan Perdana Menteri Najib Razak, awal tahun 2012. 


AAKJ : Musim hujan pitis kata orang pok badol kelate..perati dan baca elok-elok tiap apa yang artis cina ni luahkan rasa tak puashati..dia seakan lupa apa yang Kerajaan BN buat selama ini pada rakyat bangsa cina samada artis atau bukan artis..

Kalau nak senaraikan Jutawan atau Multi Jutawan..dalam 10 orang mungkin sorang dua je Melayu atau India..yang lainnya bangsa apa? iban? kadazan? adehh nak pusing kemana ni derr..


Bab artis cina..tanya masyarakat cina Malaysia..depa minat sapa? artis Malaysia ke Hong Kong ? apek ni lupa ke Datuk Seri Michelle Yeoh sampai ke tahap mana ? adakah Kerajaan BN tak bantu ?

Bagaimana pula dengan pemilik Metrowealth, David Teoh ? dia jadi Multi Jutawan tanpa sikit pun bantuan Kerajaan BN ? Filem dia meletup dan adakah dia tak dapat grant bantuan Kerajaan BN.. Dia ni Melayu ke India ke Cina ...?

Susah juga bila kita hanya tahu menyanyi..bila suara dah hangus dan kulit dah kedut..pentas dan mic pun tak sudi terima kita maka mulalah melalut..masa tengah laku dan duit masuk..diam je..masa dag usang melalak tak tentu hala penyanyi ni..

Dia lupa ke atau buat tak tahu..masyarakat muda cina pun tak suka lagak penyanyi cina tempatan yang out dated..mereka gilakan KPOP laa hahaha nak salahkan sapa ni apek ?



Tang cerita Beng hock..artis usang ni kononnya nak hangatkan balik hahaha dia baru je pegang mic d pentas politik..tu isu yang dia tala dulu..lu tatak baca itu paper lama ke apek !! huh !! hahahahaa


Ceng Wei Shan dengan bangga kata dia akan buat persembahan free !! sebanyak 160 persembahan..freee !! aakj nak tengok...cakap saja ke atau ada angpow..hati-hati..ada kamera dok rakam mung ni Cheng hahaha

Sebelum dia beredar..dia jual minyak ;

 95% daripada penyanyi popular yang dirinya kenal cenderung untuk "pertukaran kerajaan" !!


**..ada zina mata..zina mulut..zina tangan..zina jamban ? hehehe buka otak dol...



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger