Label 10

Home » » HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 !! KBS NAFI SOGOK BELIA DENGAN WANG RINGGIT UNTUK DATANG !!

HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 !! KBS NAFI SOGOK BELIA DENGAN WANG RINGGIT UNTUK DATANG !!

Written By AAKJ on Tuesday, June 12, 2012 | 11:30 AM







Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Isnin menafikan membayar golongan belia untuk hadir ke Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya bulan lepas.Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata elaun hanya diberikan kepada sukarelawan yang bertugas pada perhimpunan itu, yang berbentuk kupon makanan bernilai RM15.

"Peruntukan hanya diberikan kepada sukarelawan dalam kalangan belia sebagai ganjaran, itupun berbentuk kupon makanan bernilai RM15 yang boleh ditukarkan kepada makanan di gerai-gerai jualan pada perhimpunan itu...itu sahaja yang kami berikan.

"Seramai 20,000 sukarelawan terlibat bagi membantu kerja-kerja membersih dan sebagainya.. kami tidak mahu jadi seperti perhimpunan Bersih, mereka berhimpun tetapi tidak menjaga kebersihan dan mengotorkan kawasan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen.

Beliau berkata dakwaan pengunjung di beberapa negeri bahawa mereka dibayar sejumlah elaun oleh kementerian itu untuk hadir ke perhimpunan berkenaan adalah tidak berasas dan tidak benar.- AD
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger