Label 10

Home » » FOTO ANWAR SOLAT BERKASUT !! HURAIAN DALIL BEZA KASUT & KHUF !!

FOTO ANWAR SOLAT BERKASUT !! HURAIAN DALIL BEZA KASUT & KHUF !!

Written By AAKJ on Tuesday, May 1, 2012 | 3:00 PM







Sunnah Nabi sallallahu-alaihi-wasallam yang mulia memperlihatkan bahawa beliau adakalanya solat berkasut dan adakalanya tidak. Yang pasti ialah apabila solat di rumah beliau tidak berkasut manakala apabila beliau solat di masjid atau di kala musafir beliau memakai kasut


Ini adalah kerana masjid di ketika itu tidak di alaskan permaidani dan solat di kala musafir jarang-jarang di alas sejadah.  Maka apabila berhadapan dengan dua suasana berlainan ini Nabi sallallahu-alaihi-wasallam solat dengan tidak berkasut dan juga solat dengan berkasut, bersesuaian dengan suasananya itu.





BAGAIMANA MENYAPU KHUF MENURUT SUNNAH NABI?
اَلْخُفِّ adalah sejenis sandal yang diperbuat dari kulit yang menutupi dua mata kaki. Termasuk dalam istilah khuf adalah kasut yang dipakai seharian baik yang diperbuat dari kulit, getah, kain kanvas dan lain-lain. AAKJ merasakan perlu untuk membincangkan tentang hukum-hakam berkaitan dengan menyapu khuf kerana ianya merupakan pengganti kepada membasuh kedua kaki ketika berwuduk.

DALIL DISYARI’ATKAN MENYAPU KHUF
Menyapu khuf ini disyari’atkan berdasarkan dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah dan telah sepakat (ijmak) seluruh ulamak akan keharusan menyapu khuf samada ketika bermusafir mahupun bermukim sebagai pengganti membasuh kaki ketika berwuduk. Menurut Imam al-Nawawi rahimahullah:

Orang-orang yang diakui keahliannya telah ijmak dibolehkannya menyapu khuf –baik dalam perjalanan mahupun ketika menetap, disebabkan sesuatu kepentingan ataupun bukan- bahkan juga bagi perempuan yang menetap, serta pada waktu seseorang tidak berpergian.

Di antara hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang mensyari’atkan penyapuan khuf untuk berwuduk adalah:

Daripada al-Mughirah bin Syu’bah bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar untuk buang hajat, maka al-Mughirah mengikutinya sambil membawakan bejana berisi air.

Dia menuangkan kepada baginda shallallahu 'alaihi wasallam setelah selesai buang hajat, lalu baginda shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk dan menyapu bahagian atas kedua khufnya.

HUKUM-HUKUM BERKAITAN MENYAPU KHUF
Terdapat beberapa hukum-hakam yang berkaitan dengan menyapu khuf iaitu:

1) Hendaklah memakai khuf ketika berada dalam keadaan suci dari hadas.
Daripada Urwah bin Mughirah dari bapanya (Mughirah bin Syu’bah), dia berkata:

“Aku pernah bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam satu perjalanan jauh (safar).
Aku pun bermaksud melepaskan kedua khuf baginda, maka baginda shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Biarkan keduanya, kerana aku memasukkan keduanya dalam keadaan suci.”

Maka hendaklah kita memakai khuf tersebut setelah kita bebas dari hadas kecil mahupun besar yakni setelah menyempurnakan wuduk ataupun mandi wajib. Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah:

Apabila telah menyempurnakan wuduk, maka hendaklah seseorang itu memasukkan kakinya ke dalam khuf. Bila dia berhadas setelah itu, maka boleh baginya menyapu kedua khufnya.

2) Hendaklah khuf itu itu bersih dari sebarang najis
Khuf yang dipakai itu hendaklah suci dari najis ketika hendak menyapu bahagian atasnya dengan air. Sekiranya khuf tersebut bernajis maka ketika mengusapnya dengan air maka ia akan mengotori bahagian lainnya sehingga tidak selayaknya ianya dianggap menyucikan. Dalilnya adalah sebagaimana yang dikhabarkan oleh Abu Sa’id al-Khudri radhiallahu 'anh:

Pada suatu hari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjadi imam bagi kami, tetapi ketika sedang bersolat baginda membuka sandalnya lalu meletakkanya di sebelah kiri. Apabila para sahabat melihat kejadian itu, mereka pun membuka sandal mereka.

Setelah solat, baginda bersabda: “Mengapa kamu membuka sandal kamu?”
Mereka menjawab: “Kami melihat Tuan membuka sandal Tuan, lalu kami pun membuka sandal kami.”

Baginda bersabda: “Tadi Jibril shallallahu 'alaihi wasallam datang kepada ku lalu memberitahukan kepadaku
bahawa pada sandal tersebut ada kotoran lalu aku membuka keduanya. 

Baginda bersabda lagi:
Jika seseorang di antara kamu datang ke masjid hendaklah dia memeriksa kedua sandalnya. Jika dia melihat ada kotoran padanya, hendaklah dia menggosokkannya (ke tanah) terlebih dahulu, kemudian barulah dia gunakan sandalnya untuk solat.”

Maka hukum yang sama juga perlu diperhatikan ketika hendak menyapu khuf. Hendaklah terlebih dahulu dipastikan bahawa ianya bebas dari sebarang najis.


3) Menyapu Khuf hanya diperbolehkan ketika hadas kecil sahaja.
Tidak boleh menyapu khuf di dalam keadaan hadas besar. Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan dari Shofwan bin ‘Assaal radhiallahu 'anh, dia berkata:

Kami diperintahkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila berada di dalam keadaan musafir
agar tidak melepaskan kedua khuf kami selama tiga hari tiga malam kecuali ketika dalam keadaan janabah
(perkara-perkara) yang menyebabkan perlunya mandi wajib), tetapi tidak melepaskannya
meskipun setelah habis buang air besar, air kecil ataupun tidur.


Apabila telah berada di dalam keadaan hadas besar hendaklah dibuka kedua khuf tersebut dan tidak boleh menyapu keduanya lagi sehingga suci dari hadas besar tersebut dengan mandi wajib (janabah). Setelah itu maka bolehlah memakai khuf semula dan sekiranya ingin bersuci dari berhadas kecil (yakni berwuduk) maka bolehlah menyapu khuf semula.


4) Menyapu khuf hendaklah mengikut kadar masa yang ditetapkan

Sebagaimana yang telah kita sedia maklum menyapu khuf ini dibenarkan bagi mereka yang bermukim dan bermusafir. Ini adalah berdasarkan hadis dari ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh, dia berkata:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberikan batasan (yakni dalam mengusap khuf)
bagi orang yang bermusafir adalah tiga hari tiga malam,
sedangkan bagi orang-orang yang bermukim selama sehari semalam.

Imam al-Syafi’i rahimahullah pula di dalam al-Umm telah membawa sebuah riwayat dari ‘Abdurrahman bin Abi Bakrah, dari ayahnya dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Bahawasanya baginda pernah memberi keringanan terhadap orang yang melakukan perjalanan
apabila berwuduk untuk menyapu kedua khuf selama tiga hari tiga malam
dan untuk orang yang mukim selama sehari semalam.


Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah:

Apabila dia bermukim, boleh baginya menyapu khuf sampai kepada waktu di mana dia berhadas pada keesokan harinya, dan itu adalah sehari semalam, tidak lebih dari itu. Namun apabila dia bermusafir, maka dia boleh menyapu kedua khufnya untuk tiga hari tiga malam.

Dari sini dapat kita fahami bahawa sekiranya seseorang yang bermukim itu memakai khuf selepas mengambil wuduk untuk solat subuh pada hari Selasa dan dia mengusap khufnya ketika ingin mengerjakan solat zuhur pada pukul 1.15 petang. Maka pada 1.15 petang hari Rabu batas waktu untuk menyapu khufnya telah tamat. Sekiranya dia ingin mengambil wuduk untuk solat Zuhur pada jam 1.20 petang hari Rabu maka dia perlu membuka khufnya dan membasuh kedua kakinya.

Bagi mereka yang bermusafir pula sekiranya seseorang itu memakai khuf selepas mengambil wuduk untuk solat subuh pada hari Selasa dan dia mengusap khufnya ketika ingin mengerjakan solat zuhur pada pukul 1.15 petang. Maka dia boleh manyapu khufnya selagi dia suci dari hadas besar sehingga 1.15 petang pada hari Jumaat. Sekiranya dia ingin mengambil wuduk untuk solat Jumaat pada jam 1.20 petang maka dia perlu membuka khufnya dan membasuh kedua kakinya.

Mungkin timbul persoalan bagaimana sekiranya seseorang itu bermusafir lalu musafirnya selesai sebelum tamat tempoh tiga hari dan kini dia dianggap sebagai bermukim, bagaimana dengan tempoh penyapuan khufnya?

Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim berkata:

Apabila seseorang musafir mengusap khufnya, dan dia baru satu hari atau lebih dalam perjalanan (lalu tamat musafirnya), maka dia harus melepaskan khufnya dan mencuci kedua kakinya ketika berwuduk. Kemudian apa yang berlaku baginya adalah hukum (memakai khuf) bagi orang mukim.


5) Hendaklah menyapu di bahagian atas khuf
Bahagian khuf yang disyari’atkan untuk disapu adalah di bahagian atasnya.

Daripada al-Mughirah bin Syu’bah… lalu baginda shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk
dan menyapu bahagian atas kedua khufnya.


Dari ‘Ali radhiallahu 'anh, dia berkata:

Kalau seandainya agama itu berdasarkan akal, tentulah bahagian bawah khuf lebih sepatutnya disapu daripada bahagian atasnya. Sungguh saya telah lihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyapu pada bahagian atas dari khufnya.

Penyapuan di atas khuf disunatkan untuk dilakukan serentak keduanya iaitu tangan kanan menyapu khuf di sebelah kanan dan tangan kiri menyapu khuf di sebelah kiri secara bersama. Menurut Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah:

Sebab cara seperti inilah yang ditunjukkan oleh sunnah sesuai dengan hadis Mughirah bin Syu’bah radhiallahu 'anh di atas, yang di dalamnya disebutkan:
… maka baginda mengusap kedua kakinya (yang sedang memakai khuf).

Dan tidak dikatakan: “Baginda memulai dengan yang kanan” misalnya. Tetapi Mughirah mengatakan “… maka baginda mengusap kedua kakinya”. Maka dari zahir hadis ini menyebut seperti ini.

Tetapi Syaikh ‘Abdullah al-Bassam memiliki pandangan yang berbeza dengan Syaikh al-‘Utsaimin dalam hal ini. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:

Pendapat yang kuat adalah mendahulukan yang kanan (ketika menyapu khuf)…kerana menyapu khuf adalah gantian hukum dari membasuh kedua kaki, sementara dalam membasuh disunnahkan mendahulu yang kanan. Di samping itu kerana hadis ‘Aishah radhiallahu 'anha secara eksplisit menerangkan tentang kesukaan Rasulullah mendahulukan bahagian kanan ketika bersuci. Perlu diingat bahawa mengusap kedua khuf termasuk dalam bersuci. 

Untuk itu disunnahkan mengusap khuf kanan dengan tangan kanan dan mengusap khuf bahagian kiri dengan tangan kiri sambil merenggangkan jari-jari tangan. Meskipun begitu bagaimanapun (samada menyapu serentak kedua khuf ataupun mendahulukan khuf sebelah kanan) cara mengusap maka itu sudah dianggap mencukupi.

Para ulamak sepakat bahawa menyapu khuf cukup dilakukan sekali, tidak disunnahkan berulang-kali.


6) Membuka khuf menamatkan batas waktu penyapuan

Membuka khuf menyebabkan batas waktu penyapuannya tamat serta merta. Sekiranya dia berhadas kecil setelah membuka khufnya dan ingin berwuduk maka dia perlu untuk membasuh kedua kakinya.

Dari Urwah bin Mughirah dari bapanya (Mughirah bin Syu’bah), dia berkata:
“Aku pernah bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam satu perjalanan jauh (safar).
Aku pun bermaksud melepaskan kedua khuf baginda, maka baginda shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Biarkan ke duanya, kerana aku memasukkan keduanya dalam keadaan suci.”


Keengganan baginda shallallahu 'alaihi wasallam untuk membuka khufnya menunjukkan baginda tidak mahu kehilangan kemudahan (rukhshah) menyapu di atas keduanya ketika berwuduk.

Bagaimana pula bagi seseorang yang mengusap khuf, kemudian dia membukanya dalam keadaan belum berhadas? Apakah status wuduknya dan apakah batasan jumlah menyapu khufnya (iaitu 3 hari bagi musafir dan 1 hari bagi yang bermukim) telah tamat? Maka para ulama berbeza pendapat kepada empat golongan.

PENDAPAT PERTAMA : Hendaklah dia mengulangi wuduk. Mereka melihat menyapu khuf merupakan pengganti bagi membasuh kaki ketika berwuduk, jika telah terbuka khuf yang diusapnya, maka batallah kesucian pada kedua kakinya dan batal pula seluruhnya (wuduk). Ini merupakan pendapat al-Nakha’i, al-Auza’i, Ahmad, Ishaq dan Imam al-Syafi’i dalam pendapat lamanya (Qaul Qadiim).

PENDAPAT KEDUA : Memadai baginya untuk mencuci kakinya sahaja setelah membuka khuf tersebut. Ini adalah pendapat al-Thawri, Abu Hanifah dan sahabatnya, Abu Tsaur dan Imam al-Shafi’i melalui pendapat barunya (Qaul Jadiid).

PENDAPAT KETIGA : Hendaklah dia segera mencuci kakinya dan jika dia melewatkannya maka dia perlu mengulangi wuduknya, Ini adalah pendapat Malik dan al-Laits.

PENDAPAT KEEMPAT : Dia tidak perlu berwuduk semula dan tidak juga perlu membasuh kaki. Ini adalah satu riwayat daripada al-Nakha’i, dan dipegang oleh al-Hassan al-Bashri, Atha’, Ibnu Hazam dan dipilih oleh al-Nawawi, ibnu Mundzir dan Ibnu Taymiyyah. Inilah pendapat yang benar kerana –sepatu yang ada padanya- dalam keadaan bersih – benar-benar bersih- berdasarkan sunnah yang sabit dan tidak batal jika melepaskan sepatunya kecuali ada keterangan yang jelas dari al-sunnah atau ijmak.
Menurut Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah:

Apabila seseorang membuka khufnya dalam keadaan masih memiliki wuduk (suci dari hadas kecil) dan telah menyapunya, maka wuduknya tidak batal. Apabila seseorang menyapu khufnya maka telah sempurnalah perbuatan bersucinya menurut dalil syarak, dan apabila dia membuka khufnya maka kesucian yang telah ditetapkan oleh dalil syarak tidak mungkin dibatalkan kecuali berdasarkan dalil syarak pula, dan tidak ada dalil yang menyebutkan bahawa apabila sesuatu diusap baik khuf atau jaurab akan membatalkan wuduk. Maka dengan demikian, wuduknya masih ada.

Maka jelaslah bagi kita semua bahawa membuka khuf dalam keadaan suci dari hadas tidak membatalkan wuduk. Hanya sahaja batasan hari yang sah untuk menyapu khuf bermula pada ketika dia memakai semula khufnya yang dibuka tadi.


7) Menyapu khuf yang koyak
Para ulamak berbeza pendapat tentang hukum menyapu khuf yang terkoyak serta berlubang.

1) Imam Ahmad dan Imam al-Syafi’i rahimahumallah melarang menyapu khuf yang telah terkoyak meskipun lubang tersebut kecil sahaja.

2) Imam Abu Hanifah rahimahullah pula membenarkan penyapuan khuf yang koyak dilakukan sekiranya lubangnya kecil yakni tidak sampai ukuran tiga jari.

3) Manakala Imam Malik rahimahullah membenarkan khuf yang terkoyak itu disapu selagimana koyakkan tersebut tidak terlalu besar. Nilai ukuran kebesaran koyakan tersebut bergantung kepada kebiasaan yang berlaku.

4) Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah juga memiliki pandangan yang seakan sama dengan Imam Malik. Bagi beliau diperbolehkan menyapu di atas khuf yang koyak serta berlubang selagimana masyarakat masih memandang ianya sebagai khuf. Pendapat ini juga adalah selari dengan pegangan al-Thawri, Ishaq, Ibnu al-Mundziri dan al-Auza’i.

Menurut Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah:

Ini adalah pendapat yang paling sahih. Pendapat ini sesuai dengan qiyas dalam kaedah Usul Fekah dan teks-teks Imam Ahmad yang memaafkan terbukanya sedikit aurat, sedikit najis dan lain-lain, kerana sunnah membolehkan menyapu khuf secara mutlak. Banyak hadis dalam kitab sahih yang menjelaskan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyapu kedua khufnya, begitu juga para sahabat, berdasarkan apa yang mereka ketahui dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, sehingga berpendapat tentang bolehnya menyapu khuf. Seperti yang dimaklumi, biasanya khuf mereka tidak ada yang tidak berlubang atau terkoyak. Kebanyakan mereka adalah orang-orang miskin yang tidak mempunyai kesempatan membeli khuf yang baru.

Demikianlah perbincangan tentang menyapu khuf sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Semoga kita mengambil kemudahan yang Allah Subhanahu wa Ta'ala sediakan untuk kita kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

Bahawa Allah menyukai jika dilaksanakan sesuatu yang telah diizinkan-Nya (diberi keringanan)
sebagaimana Allah membenci (terhadap seseorang) yang melakukan perlanggaran maksiat (perkara yang dilarang-Nya).






Wallahualam...



Share this article :

+ comments + 2 comments

May 1, 2012 at 3:42 PM

Bro, isu ni tak yah la letak. Khuf ni perbezaan pendapat pada ambil wuduk je. Kalau kita dah ambil wuduk awal, solat pakai kasut dibolehkan. cepat buang posting ni. buat malu kita nanti. ko tau la pencacai PAS macam mana.

May 1, 2012 at 6:01 PM

tak perlu takut kalau kita belajar..dan tak perlu terlalu tonjolkan kelemahan kerana kita tak pernah belajar atau kurang belajar hehe...baca dgn teliti..tak de pun bab pakai kasut dan jangan sekali kali kita remehkan hal sunnah...beza khuf dan kasut..jauh beza..silalah mana2 puok pas tolol masuk nak debat..jgn ingat kita letak kat sini utk d pandang remeh muahaaaaa lagi elok ajis bangka yg masuk...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger