Saranan Pelanggan Pelacor untuk menghapuskan PTPTN mendapat reaksi pelbagai di kalangan masyarakat. Ada yang marah, terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala memikirkan apakah Anwar sudah gila akhirnya?
PTPTN adalah skim yang ternyata baik untuk rakyat dan kerana adanya PTPTNlah maka kita melihat begitu ramai anak Malaysia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi tidak kira awam mahupun swasta.
Menurut Anwar, beliau sedia maklum akan implikasi dari menghapuskan PTPTN tetapi pembangkang memegang kepada prinsip pembelajaran percuma kepada semua rakyat Malaysia. Namun, Anwar juga mengakui yang pihaknya belum lagi memikirkan secara terperinci mengenai perlaksanaan cadangan tersebut.
Anwar juga menegaskan bahawa beliau memahami angka-angka yang terlibat.
Kita merasa amat sangsi akan kemampuan Anwar memahami angka, bukan hanya kerana beliau mempunyai latarbelakang pendidikan Pengajian Melayu dengan kelulusan atas pagar tetapi kerana seorang yang mampu memahami angka tidak mungkin akan mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal seperti menghapuskan PTPTN.
Sedarkah Anwar bahawa bukan sahaja pelajar, tetapi Insititusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia, terutamanya swasta juga bergantung kepada PTPTN.
Sebanyak lebih kurang RM40 – RM50 billion diperlukan untuk menampung kos Pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia yang mana termasuk bayaran pensyarah, penyelenggaraan dan operasi keseluruhan. Kabinet baru-baru ini telah meluluskan dana tambahan sejumlah RM6 billion untuk PTPTN 2012/2013.
Dengan kos yang begitu tinggi, kolej atau Universiti swasta akan terjejas teruk jika PTPTN dihapuskan kerana pelajar-pelajar mereka yang majoritinya terdiri dari bukan Melayu, amat bergantung kepada dana ini untuk melanjutkan pelajaran.
Kaum Melayu mungkin masih mempunyai alternatif lain seperti MARA ataupun pinjaman JPA tetapi ia pastinya terhad dan tidak mampu menampung kesemua pelajar yang layak mendapat bantuan.
Oleh itu, PTPTN adalah satu-satunya opsyen terbaik bagi pelajar-pelajar ini mendapatkan bantuan kewangan.
Terdapat 21 IPTA dan 49 IPTS (termasuk dengan kolej universiti dan cawangan universiti luar negara) di Malaysia. Kesemua mereka dianggarkan menerima 200,000 lebih pelajar setiap tahun.
Tanpa PTPTN, dianggarkan 90% dari IPTS akan tutup kerana kolej-kolej ini amat bergantung kepada yuran yang dibayar oleh pelajar-pelajar bagi membolehkan mereka terus beroperasi. Jika kemasukan pelajar merosot akibat tiada kemampuan, pastinya IPTS juga akan akhirnya terpaksa gulung tikar.
Seterusnya, ia akan membawa kepada masalah pengangguran dan akhirnya masalah sosial di dalam masyarakat kerana ramai lulusan SPM dan STPM tidak mampu melanjutkan pelajaran dan sukar mendapat pekerjaan.
Begitu juga dengan para pensyarah dan pekerja-pekerja di IPTS yang telah ditutup. Bagaimanakah dengan nasib mereka?
Nampaknya Anwar tidak berfikir panjang apabila menyarankan agar PTPTN dihapuskan.
Tidak mungkin kerajaan mampu memberi pendidikan 100% percuma kepada ke semua 200,000 pelajar di semua 70 IPTA dan IPTS di seluruh negara dan menanggung kos operasi secara keseluruhannya.
Bukankah dengan memberi pinjaman PTPTN maka pelajar-pelajar juga secara tidak langsung dapat belajar memikul tanggungjawab dan mengatur perbelanjaan sendiri sebagai persediaan menjadi seorang dewasa yang berguna?
Mungkin Anwar terlepas pandang semua ini kerana terlalu sibuk memikirkan bagaimana beliau boleh termakan umpan Nallakarupan baru-baru ini.
+ comments + 2 comments
HANCUR NEGARA INI KALAU SEPENGGAL LAGI JADI PM
Di Bawah Pentadbiran Najib, Hutang Negara Cecah RM437 Billion 4 Oktober, 2011 - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan hutang negara kini mencecah RM437 bilion berdasarkan Laporan Bank Negara yang dikeluarkan baru-baru ini. “Laporan Bank Negara Malaysia bertarikh 30 september 2011 menyatakan angka hutang negara setakat suku ke 2 tahun ini menunjukkan hutang negara mencecah RM437 bilion,” kata Anwar pada pembentangan belanjawan Pakatan Rakyat 2012 di parlimen hari ini.
Menurutnya, jika unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5 peratus, maka kadar keberhutangan negara kini mencecah 53 peratus dari KDNK negara.
Kadar itu, katanya, jauh lebih tinggi berbanding pada 2007 iaitu sebanyak 42 peratus dari KDNK negara. “Kadar hutang isi rumah pula mencecah RM577 bilion iaitu 77 peratus dari KDNK berbanding pada 1997 hanya 33 peratus dari KDNK. "Maknanya di bawah menteri kewangan yang secara kebetulan semuanya perdana menteri sebelum 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih hingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun,’ katanya.
Keadaan itu, kata Anwar, diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. “Defisit negara diunjurkan mencecah 6 peratus bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2 peratus seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh,” kata Anwar.
Ketika membentangkan belanjawan alternatif Pakatan Rakyat di parlimen hari ini, Anwar berkata ia bertujuan untuk membantu rakyat mengharungi hidup yang semakin terhimpit. Pakatan memperuntukkan RM220 bilion dalam belanjawan berkenaan melibatkan penjimatan sebanyak RM4 bilion dari perbelanjaan kerajaan BN. Ia menumpukan usaha mengurangkan defisit kepada 4.4 peratus berbanding kadar 6 peratus daripada KDNK tahun ini.
Kamu ingat rakyat Malaysia ni semua bodoh tak tahu halal haram? Tak tahu hukum?
Gagal Menjadi MB, akhirnya Hasan Ali meroyan bagaikan orang gila
Pakatan Rakyat akan halalkan seks rambang kata Hasan Ali
AGAK memeranjatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Hasan Ali seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia (Akhbar propaganda Umno).
Hasan Ali yang kononnya membawa imej pejuang Islam sebenar itu, tanpa rasa bersalah melemparkan fitnah kononnya jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, maka Budaya seks rambang, homoseksual, lesbian dan sebagainya akan dihalalkan.
Kamu ingat rakyat Malaysia ni semua bodoh tak tahu halal haram? Tak tahu hukum?
Kesian melihat gelagat Hasan Ali, tak sangka akhirnya beliau meroyan bagaikan orang gila gara-gara hampa kerana gagal menggapai cita-cita mahu menjadi Menteri Besar Selangor.
Kalau ye pun nak menipu, takkanlah sampai tuduh orang nak halalkan seks rambang dan hubungan sejenis itu bangang namanya kah kah kah...
Konon nak buat gelombang kuasa ketiga. Tapi hasut orang supaya jangan sokong Pakatan Rakyat. Patut kalau "kuasa ketiga" cakaplah pada rakyat jangan sokong Barisan Nasional juga.
Ini bukan kuasa ketiga, ini namanya kontraktor propaganda upahan United Malays No Otak kah kah kah...
ReJaM© "Ingat rakyat Malaysia ni kambeng ke nak halalkan seks rambang? "
Hoho kesian si tolol dap..sawan
Post a Comment