Label 10

Home » » FOTO !! KASIH IBU BAWA KE SYURGA..!! YA ALLAH TEMPATKANLAH BONDA KAMI D SYURGAMU..AMIN..!!

FOTO !! KASIH IBU BAWA KE SYURGA..!! YA ALLAH TEMPATKANLAH BONDA KAMI D SYURGAMU..AMIN..!!

Written By AAKJ on Wednesday, March 7, 2012 | 6:14 AM


Gambar yang memaparkan seorang lelaki tua membawa ibunya untuk mendapatkan rawatan di hospital telah menyentuh hatijutaan pengguna internet.

Gambar tersebut telah dirakam oleh seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang menyaksikan anak dan ibu itu di Pusat Perubatan Chi Mei di Taiwan. Setelah dimuatnaikkan ke internet, gambar itu menjadi popular dan hangat dibicarakan. 

Dalam tempoh tiga hari, topik yang paling hangat dibincangkandalam talian ialah "Siapakah Lelaki Itu?". Beribu-ribu pengguna internet berusaha mencari identiti lelaki itu. 

Pencarian itu berakhir apabila identiti lelaki berusia 62 tahun itu didedahkan. Lelaki yang dikenali Ding Zhu Ji itu merupakan bekas pegawai Biro Penyiasatan Kementerian Kehakiman yangberpangkalan di Tainan.

Bekas rakan sekerja beliau memberitahu Apple Daily bahawa Dingmemohon untuk bersara awal kerana mahu menjaga ibunya pada tahun 2007, setahun selepas bapanya meninggal dunia. (Had umur persaraan wajib di Taiwan ialah 65.)

Ibu Ding berusia 85 tahun mengalami kecederaan di kakinya bulan lepas dan ketika gambar di atas dirakam, ibu Ding sedangmenunggu giliran untuk rawatan susulan. 

"Kami tidak terkejut. Beliau anak yang penyayang dan taat kepada ibu bapa," kata seorang bekas rakan sekerja Ding.

TQDCM
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger