Label 10

Home » » PEMAIN BOLA KEDAH PRO BN !! BAKAL BERHIJRAH..PEGAWAI KFA PUOK PAS ?!!

PEMAIN BOLA KEDAH PRO BN !! BAKAL BERHIJRAH..PEGAWAI KFA PUOK PAS ?!!

Written By AAKJ on Wednesday, November 30, 2011 | 11:10 AM


Dulu Azraai Khor bekas jurulatih pasukan Kedah yang diganggu dengan tekanan politik. Kini Badrol Bakhtiar pula dikatakan akan mengalami masalah yang sama seperti bekas jurulatih itu. Apa dah jadi ni?

Mc diberitahu, keluarga Badrol ni lebih kepada penyokong kerajaan pusat. Pro-BN. Sebab itu ada diantara pengurusan KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah) yang sememangnya didalangi oleh kroni-kroni kerajaan negeri Pas, yang menekan beliau hingga dikatakan beliau mahu meninggalkan pasukan Kedah dan menyertai pasukan Johor.

Apa la punya baghal puak Pas ni. Si Badrol tu, merupakan pemain 'emas' dalam Malaysia. Kalau pasukan Kedah lepaskan Badrol, Mc percaya beratus lagi pasukan lain yang akan berebut-rebutkan beliau. Tolonglah wahai Pas, tolonglah asingkan politik dengan sukan. Sukan tu sukan la, politik tu politik la. Apa yang susah sangat?


Baik kerajaan negeri suruh saja, semua pemain Kedah wajib tandatangan borang masuk Pas, sebagai syarat utama untuk menjadi pemain Kedah. Kan senang tu..

Perangai orang Pas ni, dari dulu sampai sekarang memang tak pernah berubah. Sentiasa busuk hati dan busuk perut. Hidup hanya tahu berdengki dengan orang lain. Tak boleh tengok orang lain lebih sikit dari depa, lepas tu mula la nak potong jalan.

Badrol ada kontrak setahun lagi dengan pasukan Kedah. Kalau berterusan begini, Mc percaya Badrol akan tinggalkan Kedah dan menyertai Johor.

Sudah la pasukan bola sepak Kedah sekarang pun terkontang kanting. Lepas Badrol pergi nanti, rasanya lagi teruk kot.

Lepas Pas memerintah Kedah, projek sukan negeri dan bola sepak semakin merudum. Apa jua sektor dalam negeri Kedah, semuanya lingkup. Kecuali Balak saja la.. lain hanguih..



TQKEDAHKEKL
Share this article :

+ comments + 1 comments

March 2, 2012 at 12:39 AM

aku mmg dok nampak cm 2 la....mmg pelik keraaajaan pas ni....rasa2nya n.s akan sambaq badrol kot kalu dia nk berhijrah

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger