Datuk Seri Shahrizat Jalil
DARI BLOG PAPAGOMO :
"Nasib Baik Shahrizat Bukan Lelaki Kalau Tak Aku Dah Kata Kak Jat Ada Telor"
"Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita Umno nanti. Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah. "Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita Umno," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur. Bagaimanapun Shahrizat berkata beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu Read More....
Itulah kehebatan UMNO, diasak kiri kanan sekalipun masih mampu bertahan dan menjawap segala tomahan yang datang. Syabas Gomo ucapkan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia yang difitnah cukup dasyat oleh pemimpin Pembangkang terutamanya puak PKR.
Dalam kenyataan Kak Jat diatas beliau dengan jelas membuka peluang buat para perwakilan membahaskan isu dirinya yang dikaitkan dengan Ladang Fiedlot NFC yang diusahakan oleh syarikat suaminya. Beliau Kak Jat mengalu alukan sebarang soalan ataupun apa sahaja yang waktu ini ada didalam benak pemikiran para perwakilan dan juga rakyat Malaysia berhubung isu lembu ini.Itu lah Kak Jat Wanita yang tidak gentar dengan Fitnah dan Rekayasa dari pembangkang terutama PKR dalam mematikan karier politik beliau.
Sejak isu NFC meletop puak PKR tidak putus putus menyerang Kak Jat sehinggakan keluar dakwaan Fitnah yang Kak Jat renggang dan minta cerai dengan suaminya. Itulah adu domba pakatan Pembangkang yang sejak dulu tidak sudah sudah dengan rekayasa dalam permainan politik kotor mereka.
Gomo tidak mahu mengulas panjang mengenai apa yang bakal Kak Jat nyatakan nanti di perhimpunan UMNO tetapi Gomo nak anda semua lihat betapa terbukannya kepimpinan UMNO dalam menjawap segala Fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang. Jika Pakatan Pembangkang yang berada ditempat yang sama seperti mana Kak Jat alami apakah mereka mampu melakukannya?
Lihat sahaja contoh Pemimpin Ulung PKR Anwar Ibrahim. dalam Kongres PKR yang berlangsung di Pulai Spring Resort Johor minggu lepas para perwakilan telah diberiAMARAN oleh kepimpinan PKR untuk tidak membahaskan masaalah Moral Anwar Ibrahim sama ada dalam isu Liwat mahupun video Seks. Kenapa dihalang para perwakilan untuk membahaskan pekara tersebut?
Sepanjang Konyesyen PKR berlangsung para perwakilan seekor haram pun tidak menyebut mengenai masaalah yang melanda parti itu tetapi sebaliknya hanya berkisar mengenai Lembu dan juga UMNO. Isu pemimpin PKR yang tewas di Cabang mereka sendiri juga tidak keluar malah isu pergaduhan diantara sesama ahli juga tidak terpancul dari mulut perwakilan PKR.
Rakyat sebenarnya perlu peka akan hal ini, jika PKR yang kononya Gah untuk menawan Putrajaya pun takut dengan kebenaran yang berlaku dalam parti mereka bagaimana untuk mereka berhadapan dengan situasi sebenar dalam mengharungi segala kemungkinan yang mendatang jika menjadi sebuah Kerajaan.
Eli Wong Berbogel juga tidak dibahas para Perwakilan walhal isu Moral sebegini amat jelek buat ikutan rakyat
Masaalah Moral dikalangan pemimpin Pembangkang bukan sekali dua malah ianya berlarutan sehingga memaksa kami sendiri para Blogger membuat susunan FAIL dalam membongkarkan hal tersebut. Demi kebenaran kami lakukan dalam menyelamatkan Malaysia tercinta.
Apa pun Gomo mengucapkan Syabas kepada Kak Jat diatas keberanian beliau dalam berhadapan dengan Tomahan dan rekayasa pembangkang yang keterlaluan ini. Kak Jat tahu permainan politik ini dan Kak Jat juga tahu cara mengatasinya.
Kak Jat wanita hebat, jauh lebih hebat dari Nurul Izzah yang sampai sekarang tak mampu menafikan akaun simpananya dibank Yahudi, lebih hebat dari Zuraidah Mak Lampir yang songlap duit parti malah jauh lebih hebat dari Eli Wong yang Berbogel. Dan paling utama Kak Jat lebih Hebat dari Punaisihat Anwar Ibrahim dalam menentukan Kebenaran.
TQPAPAGOMO
Post a Comment