Label 10

Home » » PAS MULA USUNG ADIK MAT INDERA SEBAGAI PENCERAMAH ISU KOMUNIS..BOB TAIK MANA ??

PAS MULA USUNG ADIK MAT INDERA SEBAGAI PENCERAMAH ISU KOMUNIS..BOB TAIK MANA ??

Written By AAKJ on Thursday, September 8, 2011 | 6:16 PM

Hari ini seorang pakcik yang berusia 65 tahun, bernama Baharum Shah, adik kepada 'pejuang kemerdekaan' bagi parti Pas, Mat Indera, muncul bersama dua budak hingusan Pas membuat kenyataan mengatakan abangnya bukan ahli Parti Komunis Malaya.

Dia juga menuntut agar kerajaan membersihkan nama abangnya. Baca laporan Makini di sini
Saya punya pandangan senang sahaja. Pas sekarang dalam keadaan terdesak untuk memastikan mereka tidak tewas dalam perdebatan yang sedang berlaku. Jadi mereka harus guna apa sahaja jalan yang ada untuk menunjukkan kepada rakyat mereka di pihak yang benar. Sekiranya tidak menang sekali pun, dapat mengelirukan rakyat pun sudah cukup baik bagi mereka.

Adik kepada Mat Indera yang muncul bersama dengan budak hingusan Pas hari ini sebenarnya telah pun digunakan oleh Pas. Tidak mustahil wang ringgit juga telah digunakan untuk memujuk beliau agar mengadakan sidang media tersebut hari ini. Blog Screw Kuat ada maklumat tersebut. Baca di sini

Kejadian Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950. Adik Mat Indera yang muncul hari ini berusia 65 tahun. Maknanya dia lahir pada tahun 1946. Semasa peristiwa Bukit Kepong dia berusia 4 tahun. Logikkah budak 4 tahun yang masih menghisap botol susu dan bersunat pun belum lagi tahu apa kegiatan abangnya pada masa itu ?

Kalau nak menipu kerana terima upah pun biarlah logik sikit.

Sila baca seterusnya di RBF sini dan Skrewkuat sini untuk tahu apa Abdullah CD kata pasal peranan Mat Indera dalam serangan Bukit Kepong. Mat Indera bukan saja seorang Komunis tetapi mengetuai serangan.

Abdullah CD turut puji kejayaan Mat Indera di Bukit Kepong. Jadi ... apa ceritanya PAS buat pasal Mat Indera ada usaha selamatkan polis dan pengganas Cina tidak ikut arahannya dan lakukan massacre ke atas polis.

Tak lojik langsung.

Kalau dia ada rasa bersalah, Mat Indera dah serah diri dan bantu pasukan keselamatan selepas itu. PAS ni ngaku saja Islam tapi penipu macam kafir Yahudi ...


Disamping itu, Skrewkuat menyedari satu lagi penipuan PAS. Dia beritahu kisah Mat Indera tulisan Ismail Adan dicedok hampir 90% daripada Maklumat Lisan Johor yang hanya project pengumpulan maklumat lisan ITM yang tidak dikaji dan disahkan.

Macam mana Pakar Sejarah PAS, Suhaizan Kaiat tak sedar ini semua?

Inilah PAS negara welfare yang memang tak layak dijenamakan lagi Islam kerana kuat menipu. Lihat satu demi satu mereka buat salah untuk lepaskan seekor anjing tersepit bernama Mat Sabu.

Dah salah tu ngaku sajalah salah. Ko tak boleh menang on this.
Share this article :

+ comments + 1 comments

September 9, 2011 at 3:52 AM

Saya tak heran sangat kerana ramai kalangan pimpinan PAS hari ini yg kebanyakannya dari cerdik pandai adalah golongan sosialis dan komunis. Yang paling BODOH adalah golongan alim tapi bisu. Inilah yg dikatakan Ulama asSu. Tak ada seekor pun yg boleh memberi teguran atau pendapat. Ini bukan akhlak Islam tetapi akhlak kafir harbi ataupun Yahudi.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger