Label 10

Home » » AL FATIHAH !! TERIMA KASIH PM KERANA SUDI CALL ATIKAH SEBELUM BELIAU MENGADAP ILAHI....

AL FATIHAH !! TERIMA KASIH PM KERANA SUDI CALL ATIKAH SEBELUM BELIAU MENGADAP ILAHI....

Written By AAKJ on Saturday, September 10, 2011 | 2:44 AM

Nurul Atikah Bazilah Samsudin menjawab panggilan telefon daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di rumahnya di Kamunting, Perak pada 19 Ogos lepas. Dia meninggal dunia pada pukul 11.05 malam semalam. 10 Sept. 2011. - Utusan/ROY AZIS ABD. AZIZ



KUALA LUMPUR 10 Sept. - Remaja yang menghidap barah tulang kronik, Nurul Atikah Bazilah Samsudin, 14, yang impiannya untuk berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi kenyataan bulan lepas, meninggal dunia pada pukul 11.05 malam semalam.

Menurut pegawai dari pejabat Perdana Menteri, jenazah Nurul Atikah kini berada di rumahnya di No 9, Lorong 4, Taman Mewah Kamunting Taiping dan akan dikebumikan esok.

Pada 19 Ogos lalu, Nurul Atikah berpeluang berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menjadi impiannya.

Nurul Atikah berpeluang berbual selama lima minit dengan Najib, menggunakan telefon bimbit Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengunjungi beliau di rumahnya di Taman Mewah, Kamunting, Taiping Perak.

- Bernama
Share this article :

+ comments + 1 comments

September 10, 2011 at 3:11 AM

Al Fatihah buat anakanda Nurul Atikah. Insya'allah rahmatNYA bersama arwah.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger