Kibar Jalur Gemilang tanpa kira fahaman politik
KUALA LUMPUR 27 Julai - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mahu rakyat menyahut kempen Kibar Jalur Gemilang dengan sepenuh hati tanpa mengira ideologi politik dan budaya mereka.Beliau berkata, pengibaran Jalur Gemilang merupakan simbol kewujudan negara dan bukannya berkaitan dengan idea politik atau perbezaan pendapat.
“Sambutan (kemerdekaan) kali ini menandakan manifestasi perjuangan dan menandakan keseimbangan yang dapat disambut oleh semua rakyat Malaysia.
“Mari kita sama-sama menghayati tema Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera sebagai memperjuangkan gagasan 1Malaysia yang membawa negara ke satu arena yang baru,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Stesen KL Sentral di sini, hari ini.
Pelancaran kempen itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang tiba di Stesen KL Sentral dengan menaiki tren KLIA Transit dari Stesen Putrajaya Sentral. - Bernama
Post a Comment