KUALA LUMPUR – “Cikgu membisikkan perkataan kotor di telinga saya dan bertindak menyelak baju sehingga butang tercabut.” Demikian catatan seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Batu Caves dekat sini yang mendakwa diganggu secara seksual dan kerap dimaki oleh seorang guru lelaki sejak kira-kira dua tahun lalu. Selain itu, guru berkenaan didakwa berkelakuan pelik apabila kerap menampar dan menendang kaki murid-murid lelaki dan perempuan di sekolah tersebut sesuka hati tanpa sebarang sebab.
Seorang lagi bapa, Sujari Hassan, 42, mendakwa, anaknya telah beberapa kali mengadu tentang kelakuan guru tersebut sejak tiga bulan lalu. “Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh anak saya bahawa guru itu menyelak kain dan cuba memegang kemaluannya di hadapan rakan yang lain,” katanya. Seorang lagi pengadu, Mohd. Safee Soefjan, 47, berkata, beberapa guru di sekolah itu mengakui sikap pelik guru terbabit dan mereka turut mempunyai bukti termasuk catatan beberapa mangsa.
+ comments + 2 comments
Salam. Tolong link blog AYT di blog sdr ini. Blog sdr sudah dilinkan. TKS
ITU CIKGU ADA MENUNTUT SAMA ANWAR IBRAHIM KAA .. NAFSU KOINGKEK AMAT KUAT LOO.. ITU ORG BUKAN CIKGULAH TAPI CAGU BUSUK PUNYA HATI
Post a Comment