Label 10

Home » » AMBIGA AMBIL DANA YAHUDI ?? tuihHH !!

AMBIGA AMBIL DANA YAHUDI ?? tuihHH !!

Written By AAKJ on Monday, June 27, 2011 | 7:49 AM




KUALA LUMPUR 26 Jun - Gerakan yang mempunyai kaitan dengan Kristian yang berpangkalan di luar negara dikenal pasti sebagai penyumbang dana kewangan terbesar kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Gerakan tersebut yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak beberapa minggu lalu dikesan aktif menyalurkan bantuan kepada Bersih melalui NGO tempatan.
Antaranya adalah Yayasan Konrad Adenauer dari Jerman yang mempunyai hubungan erat dengan Parti Kesatuan Kristian Demokratik di sana, serta Yayasan Canadian Allied dari Kanada.

Kedua-dua NGO tersebut kini dikesan berada di carta 'tiga teratas' selaku penyumbang berbanding beberapa lagi pertubuhan asing lain, yang mewakili sembilan negara berlainan.
Dipercayai, jumlah terkumpul dana kewangan asing yang dimiliki Bersih kini sudah mencecah jutaan ringgit dan ia bakal digunakan untuk membiayai operasi demonstrasi.

Malah, Utusan Malaysia difahamkan, minggu lalu sahaja sebanyak RM250,000 dari negara asing disalurkan secara haram kepada sebuah NGO tempatan yang bernaung di bawah Bersih.
"Semua sekali, sembilan negara asing yang menjadi 'tangan ghaib' bagi mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara pada 9 Julai ini dan mereka bergerak melalui NGO.

"Penyumbang paling besar yang dikesan adalah daripada NGO yang mempunyai kaitan dengan Kristian," kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, sumber tersebut turut menjelaskan Bersih juga menerima bantuan kewangan daripada NGO yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Britain dan beberapa buah negara Asia yang lain.
Bagi Amerika Syarikat, Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dikenal pasti menaja Bersih dan parti-parti pembangkang di negara ini.

"Semua ini membuktikan bahawa Bersih hanya menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam untuk menghalalkan demonstrasi haram. Di belakang mereka ada ejen asing.
"Jadi saya harap rakyat sedar perkara ini. Pembangkang kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk bersekongkol dengan negara asing bagi mencetuskan huru-hara," jelasnya.

Sementara itu, semakan Utusan Malaysia di laman web NDI, www.ndi.org mendapati NGO tersebut mengesahkan bahawa mereka menaja aktiviti Bersih.
"Program NDI di Malaysia ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED)," kata badan tersebut seperti dipetik dari laman web.

TQUTUSAN
Share this article :

+ comments + 2 comments

June 27, 2011 at 8:55 AM

Bukit Aman kena pantau NGO2 yang bukan melayu di Malaysia ni yang banyak dapat dana dengan Amerika dan Eropa. Terutama sekali Amerika ejen2 CIA dia banyak duduk dalam NGOnya untuk membantu NGO2 bukan melayu dan kebanyakan pada negara yang ada telaga minyak seperti malaysia. Dengan berlakun atas dasar American Democracy mereka masuk nak tolong contohnya tengoklah Iraq. Masuk je Amerika ke Iraq terus jahanam. Negara Iraq yang kaya dengan hasil minyak dan kaya dengan temadum Islam habis musnah oleh Amerika George Bush. Konon nya nak menolong rakyat Iraq dari dizalimi Sadam Husin tapi rupa2nya George Bush lah lagi bapak setan yang BESAR DAN ZALIM yang membunuh rakyat Iraq berlipat ganda lagi dari era Sadam Husin. Jatuh saja Sadam maka Amerika pun letaklah talibarut Iraq Ahmad Chalabi yang mengajak Amerika ke Iraq, jadi president Iraq sekejab. Di malaysia kalau Amerika masuk campur nescaya kalau Najib di tumbangkan Amerika akan letak si laknatullah ANUWAR IBRAHIM. Maka bukit Aman harus menyiasat semua NGO2 yang ada kaitan dengan Amerika termasuk NGO Ambiga puaka ni.. American running dog ces!!!

August 21, 2011 at 4:00 PM

Bukit/PDRM?polis tengok ke blog mcmni?
Kalau tengok percaya ke diorg tu/ pro-aktif siasat sendiri..
Biasanya polis siasat base pada aduan/repot..
Kalau tak de repot diorg tak siasat..
Betul-betul bahaya ni keadaan negara kita..
siapa yg peduli..kalau dah terlepas mcm penang ke dap tu ada chance lagi ke ..ada tapi payahle..diorg lagi pandai putar-belit /putar-alam
salah jadi betul..
betul jadi salah..
sama-sama le lah renung dan fikir dan bertindak yang sesuai..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger