Label 10

Home » » TOP 10 RANKING ARAK..TOP 1 RANKING ADUN BERZINA !!

TOP 10 RANKING ARAK..TOP 1 RANKING ADUN BERZINA !!

Written By AAKJ on Tuesday, May 24, 2011 | 1:57 PM

 


GAMBAR TAJAAN KITAGEMPUR

Baru-baru ini The Star telah menyiarkan statistik yang dikeluarkan oleh WHO mengenai tabiat penggunaan arak atau alkohol dikalangan rakyat Malaysia sehingga meletakkan negara ini turut berada didalam kedudukan senarai 10 negara teratas berbelanja besar semata-mata untuk menikmati minuman keras yang berbagai jenis itu.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengiktiraf bahawa Malaysia sudah menduduki "ranking top 10" peminum arak paling ramai di dunia. WHO juga turut menjelaskan bahawa Malaysia membelanjakan US$500 juta(RM1.5 billion) hanya untuk tujuan mendapatkan alkohol. Perkembangan ini bukannya satu kebanggaan untuk rakyat Malaysia tetapi sebaliknya adalah satu usaha mempermainkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Malaysia merupakan sebuah negara Islam namun bukan bermakna semua rakyatnya menganut agama Islam. Malaysia juga bukanlah sebuah negara yang hanya didiami oleh rakyat dari kaum Melayu, Cina dan India tetapi terlalu banyak kaum-kaum lain yang mendiami bumi Malaysia yang jarang dikenali oleh masyarakat luar malahan ada juga rakyat Malaysia sendiri yang tidak tahu tentang waujudnya kaum lain di negara ini selain daripada 3 kaum terbesar itu iaitu Melayu, Cina dan India.

Jika rakyat Malaysia terdiri daripada kaum Cina, India dan kaum Bumiputera bukan Islam digabungkan dari segi jumlahnya maka sudah tentulah jumlah kesemuanya hampir menyamai jumlah orang Islam atau Melayu yang majoriti di negara ini dan seperti yang telah kita semua sedia maklum bahawa dalam masyarakat orang bukan Islam seperti orang Cina, India, Kristian atau Bumiputera bukan Islam lainnya arak dan alkohol bukanlah sesuatu yang dlarang atau ditegah secara khusus namun dalam Islam arak adalah diharam dan dilarang keras terhadap semua umatnya.

Cara kepenggunaan ataupun pengambilan arak oleh sebahagian besar masyarakat bukan Muslim di Malaysia merupakan peyumbang utama kepada tersenarainya nama Malaysia didalam "ranking top 10" sebagaimana yang telah dilaporkan oleh The Star dan perkara ini memang sangat sukar untuk diatasi melainkan usaha perlu balik kepada satu-satu kaum itu sendiri supaya sedar betapa buruknya kehidupan sesebuah masyarakat itu apabila terlibat dengan arak serta sudah menjadi penagih tegar alkohol.

Apakah dengan perkembangan terbaru ini akan mampu mengunci mulut pemimpin PAS yang sebelum ini sanggup berkompromi dengan pemimpin DAP dalam isu penjualan arak di negeri Selangor Darul Ehsan atau akan membuka peluang kepada PAS dan PKR untuk mengutuk kerajaan Barisan Nasional terutamanya UMNO kerana isu ini "ranking top 10" oleh The Star?

Dalam isu ini besar kemungkinan PAS tidak akan sanggup untuk bersuara kerana khuatir akan melukakan jiwa dan perasaan para pemimpin DAP yang boleh dikatakan lebih 90% adalah peminum beer atau arak. Jika mereka bersuarapun untuk menyalak kerajaan BN/UMNO semata-mata kerana isu "ranking top 10" itu bermakna PAS dilihat cuba untuk menyekat sesetengah pemimpin dalam DAP, MCA, Gerakan, PPP dan lain-lainnya untuk minum arak atau alkohol.

Yang nyata, PAS tidak akan sanggup memainkan isu ini demi untuk menjaga perjanjian yang sudah termeterai antaranya dengan DAP dulu iaitu sewaktu isu arak meletup di Selangor dan keduanya telah sepakat agar isu arak jika berbangkit selepas itu harus dibincang secara tertutup untuk menyelesaikannya. PAS tentu tidak mahu berulang kembali peristiwa dimana berkotak-kotak "beer yang sudah dirampas terpaksa diserah balik" kepada pekedai semata-mata kerana menghormati desakan yang dibuat oleh rakan mereka dalam DAP yang juga penyumbang utama kepada kejayaan Malaysia menempah nama didalam "ranking top 10" WHO.
Share this article :

+ comments + 1 comments

May 25, 2011 at 5:23 PM

Mcm mana dengan pemimpin2 UMNO/BN yang kaki minom ni? x nak citer ke?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger