Semalam aku dedahkan senarai projek direct nego rejim Khalid Gagap 9 bulan selepas memerintah. Jumlah keseluruhan projek direct nego mereka sebanyak RM 3,173,787.36. Penerima terbesar adalah dari syarikat Datapos (M) Sdn Bhd dengan jumlah RM500 ribu untuk kerja-kerja percetakan dan pengeposan bil hasil tanah untuk tahun 2009. Alasan projek ini dibuat direct nego adalah kerana hanya syarikat ini satu-satunya yang menepati kriteria yang ditetapkan.
Bagi aku ini hanya satu alasan bodoh daripada rejim Khalid Gagap untuk menutup kebodohan mereka sendiri. Cuba kita fikirkan bagaimana kita boleh tahu syarikat lain memenuhi kreteria yang ditetapkan seandainya projek tersebut tidak dibuat secara terbuka.
Bagaimana perbandingan kemampuan sesebuah syarikat dibuat sekiranya hanya satu syarikat sahaja berada di dalam senarai. Lihat, bagaimana Kerajaan PKR Selangor mempermainkan rakyat Selangor dalam diam. Aku rasa nak ludah jer muka Nurul Izzah yang mengatakan bahawa kerajaan pusat tidak menunaikan janji dalam isu tender kerana projek direct nego terus diamalkan.
Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana dengan tahun 2009? Mungkin lebih banyak lagi projek direct nego dibuat di belakang tabir. Tunggu...aku akan keluar dalam masa terdekat..yang pasti nilai projek lebih daripada RM3 juta..berapa juta? tunggu dan lihat!!
tqkitagempor
... Read the rest
Post a Comment