TERKINI !!!
Pengumuman evakuasi
BAGI IBU BAPA YANG MELAPORKAN BAHAWA ANAK-ANAKNYA MASIH TIDAK MENDAPAT SEBARANG BERITA ATAU ARAHAN, DIMINTA PESAN KEPADA MEREKA UNTUK MENGHUBUNGI JAWATANKUASA2 PERSATUAN PELAJAR DI MUHAFAZAH MASING2 ATAU KEDUTAAN MALAYSIA SECEPAT MUNGKIN UNTUK MENDAPAT ARAHAN SELANJUTNYA. KEADAAN GENTING SEBEGINI MEMERLUKAN KERJASAMA SETIAP PIHAK UNTUK MELANCARKAN PROSES PEMINDAHAN PELAJAR
GO-G0-G0 !!!
Pesawat pertama dalam misi membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5 pagi esok.
-Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail berkata, penerbangan pertama membawa 309 orang termasuk pelajar serta mereka yang uzur dan wanita mengandung itu akan berlepas dari Kaherah, pada 1 tengah hari ini waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia).Satu lagi penerbangan akan turut berlepas pada waktu yang sama dan akan membawa 345 orang pelajar Malaysia namun pesawat itu akan mendarat di Jeddah sebelum berpatah balik ke Kaherah untuk menyambung misi.
Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Air Asia dan Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) akan melakukan 12 kali penerbangan membawa pelajar dan rakyat Malaysia keluar dari Kaherah.
KD Bunga Mas 5 akan membawa keluar kira-kira 500 orang pelajar dan rakyat Malaysia dan dijangka terus belayar ke Pelabuhan Klang.
Kerajaan melalui Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara sedang melakukan yang terbaik untuk membawa keluar semua 11,000 rakyat Malaysia di Mesir
SIDE KICK NEWS !!!
****Kepada mereka yang bertanyakan tentang keperluan membayar tiket..
itu adalah pilihan yang disediakan kerajaan jika mahu pulang awal dari Jeddah.. Menggunakan perbelanjaan sendiri.. Kerajaan akan tanggung segala-galanya selama di Jeddah jika mahu pulang dengan kerajaan Malaysia, tetapi tarikhnya belum ditentukan lagi.. Harap maklum..
- Sumber Datuk Shahlan Ismail Setiausaha Politik PM Datuk Seri Najib
****Update Terbaru Zagazig
arahan perubatan cawangan ZAGAZIG
KRONOLOGI TERBARU :
2.00 a.m. 3/2/2011 : En. Wan Ahmad Tarmizi, wakil Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) menghubungi Dr. Bukhari Muslim berkenaan dengan perpindahan pelajar Zagazig ke Kaherah.
6.23 a.m. 3/2/2011 : En. Wan Ahmad Tarmizi sekali lagi menghubungi Pengerusi PCZ dan memaklumkan bahawa pihak kedutaan akan berusaha untuk memindahkan pelajar Zagazig ke Kaherah pada hari ini. Untuk maklumat lanjut akan diberitahu kepada Pengerusi kemudian.
*p/s : pastikan sentiasa bersama pasport dan boleh mengemas barang masing-masing tetapi hendaklah tidak melebihi 7 kg sahaja.

sumber: Group Perubatan Cawangan Zagazig FB
*kami masih memerlukan info dari setiap pihak. Bagi pelajar Mesir yang sanggup berkongsi maklumat, silalah berkongsi di sini
Post a Comment